DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN AGONG

DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN AGONG
DAULAT TUANKU
Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Permaisuri

TUJUH WASIAT UNTUK RAKYAT


Di Persidangan Meja Bulat anjuran Gabungan Graduan Muda Melayu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya semalam, November 22hb, 2008, Yg. Arif Dato’ Mohd Noor bin Abdullah, Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia telah membacakan
“Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin Melayu”

Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Tujuh perkara itu adalah:

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkanREJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan,

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU, dan

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Rabu, 10 Julai 2013

“Ini Penang Cina Punya, You Mesti Belajar Cakap Cina”



Terserah kepada anda untuk menilai tajuk artikel ini. Jika anda percaya ianya berbaur rasis, rasislah ia. Jika anda berfikiran ia cubaan menghasut, maka ia menjadi hasutan. Ternyata, akal kita dapat memilih untuk berada di pendirian tersendiri, berdasarkan “favouritisme” atau apa juga sebab yang selalunya menyebelahi kita.




Apa yang cuba penulis fokuskan disini ialah berkenaan dengan pengalaman seorang sahabat yang bertugas sebagai kakitangan kerajaan di Pulau Pinang. Sedang beliau bukanlah seorang yang mesra politik, pengalamannya yang baharu sahaja mencecah 5 bulan di Pulau Pinang, telah merobah dirinya secara total; “from nothing to something”, menjadi rakyat yang celik politik.

Menurut sahabat, beliau sering melihat politik sebagai medan pemecahan keterikatan perpaduan ummah. Tidak pernah menyalahkan beliau, tetapi itulah yang berlaku di lingkaran masyarakat Melayu, yang sebahagiannya mempercayai fatwa kafir mengkafir hanya kerna politik. Minda singkat lagi kusut, hanya untuk mencari pengikut. Biarkan si Algojo menjalankan tugasnya nanti.

Pengalaman sahabat di Pulau Pinang (beliau masih lagi bertugas di sana) yang baru sahaja mencecah 5 bulan telah berjaya membuka matanya tentang apa itu politik dan betapa pentingnya mengekalkan status quo 2004, disebalik pelbagai fitnah dan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan yang telah lebih 50 tahun mengemudi negara ini.

Menurut sahabat, di Pulau Pinang, sensitiviti agama, mahupun adat budaya tidak lagi dihiraukan oleh golongan yang mendabikdada kerna berjaya membentuk kerajaan, waima sekadar kerajaan negeri. “Si Kerbau Pendek” dijual secara terbuka, tanpa menghiraukan sensitiviti kawasan kejiranan. Tidak perlu penulis hebahkan tentang betapa angkuhnya mereka sekiranya ditegur.

Nasib peniaga Melayu sudah ramai yang tahu, berjajaran peniaga Cina di persisiran jalan, tetapi dihukum sebagai haram untuk peniaga Melayu. Ironinya, hukum ini diterimapakai oleh golongan Melayu minda kusut. Betapa dendam amarah syaitanirrajim yang menjadi dasar pemahaman politik mereka telah sebati di hati sanubarinya.

Bangkitnya hati Melayu sahabat ini, apabila sedang memberi perkhidmatan kepada rakyat, seraya diherdik “Ini Penang cina yang punya, you mesti mau cakap bahasa Cina”. Seperti dipalu halilintar gegendang telinganya mendengar kenyataan berbaur hamis, persis komunis. Pilu hatinya mendengar “penghinaan” itu. Dia tidak menyangka itu akan berlaku, kerana menganggap semua yang mendapatkan perkhidmatan di tempat beliau bertugas adalah rakyat Malaysia.

Apakah Pulau Pinang bukan lagi sebuah provinsi berdaulat milik Malaysia yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi?

Sahabat memberitahu, bahawa beliau tidak sabar untuk menamatkan tugas dan kembali di negeri asalnya. Bukan takut, tetapi takut gagal membendung perasaan amarahnya. Amarah bila menyala, hadirlah syaitan menunggangnya, persis bagaimana golongan Melayu minda kusut ditunggang, sehingga lupa mana harbi, mana dzimmi.

Dan beliau memberi penjelasan, takut-takut, semangat Dato’ Bahaman, atau Rentap, tiba-tiba bangkit dan menggila sewaktu penghinaan-penghinaan tersebut dilontarkan kepadanya.

Syukur rasanya bila sahabat ini sudah keluar dari fobia politik yang selama ini membelenggunya sekaligus menyebabkan beliau gagal melihat politik dari sudut makro. Semoga ramai lagi yang diberi hidayah sama seperti beliau.

Ke utara atau ke selatan, kegelapan atau cahaya, kau sendiri yang mengambil keputusan.

BERSATU BERSATU BERSATU

Kajian sahkan Melayu bukan pendatang

KUALA LUMPUR 9 Julai - Kajian ilmiah oleh seorang penyelidik mengesahkan bahawa orang Melayu adalah kaum asal di rantau Nusantara ini dan bukannya golongan pendatang seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.



Penulis dan penyelidik sejarah, Zaharah Sulaiman yang bakal menerbitkan hasil kajiannya tidak lama lagi berkata, bukti menerusi pemetaan genetik dan artifak arkeologi mendapati masyarakat Orang Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda (Asia Tenggara) merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan kaum Melayu hari ini.
"Pengesahan ini jelas sekali menolak dakwaan buku Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries yang diterbitkan oleh National University of Singapore (NUS) yang menyatakan kaum Melayu berasal daripada campuran kaum-kaum dari selatan China dan India," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya anjuran Kelab Wartawan Muda Malaysia di sini, semalam.
Buku susunan Profesor Madya di Jabatan Sejarah NUS, Timothy P. Barnard yang diterbitkan pada 2004 mendakwa kaum Melayu tiada asas untuk menjadi kaum yang nyata kerana ia adalah campuran daripada kaum-kaum lain.

Ekoran itu, buku berkenaan mencadangkan kaum Cina dan India di Malaysia diberikan taraf bumiputera kerana orang Melayu sebenarnya berasal daripada salasilah kedua-dua kaum itu.
Zaharah berkata, kajian yang dilakukannya bersama beberapa penyelidik lain sejak 2009 mendapati masyarakat Semang dan Senoi berasal daripada manusia asal di Afrika yang berhijrah ke rantau ini sejak 65,000 tahun dahulu.



"Kumpulan yang telah berhijrah ke Benua Sunda ini merupakan nenek moyang kepada manusia moden hari ini termasuk di Asia Timur dan Amerika.
"Kajian juga mendapati orang Jawa, Dayak, Batak, Champa, Madagascar dan Polynesia juga mempunyai genetik asal daripada Semang dan Senoi dan oleh itu mereka juga orang Melayu," katanya.

"Saya harap kajian ini akan menyemarakkan kembali semangat Melayu dan membuatkan mereka tidak lagi malu menjadi Melayu yang mengikut sejarah, panggilan ini bermaksud 'orang gunung'," katanya.

Tambahnya, faktor letusan gunung berapi, gempa bumi, banjir besar dan tsunami menyebabkan Benua Sunda telah terpisah sehingga membentuk Semenanjung Malaysia, Sumatera, Jawa, Filipina dan Borneo.

"Selat Melaka sekarang sebenarnya adalah salah satu daripada sungai-sungai yang terdapat di Benua Sunda dan ini dapat menjawab persoalan para pengkaji kenapa selat ini sangat cetek," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130710/dn_05/Kajian-sahkan-Melayu-bukan-pendatang#ixzz2YiBgl0dv
© Utusan Melayu (M) Bhd 


BERSATU BERSATU BERSATU

Bukti Penangan 'Dakap Mesra' @Zahid_Hamidi Mujarab Bisukan Lim Kit Siang Di Parlimen



Pada awal Jun lalu, umum mengetahui tentang isu yang hangat dibangkitkan oleh Lim Kit Siang terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Lim mengkritik serta mempertikaikan kredibiliti Zahid sebagai seorang Menteri KDN, kritikkan yang dibuat pemimpin DAP itu seakan-akan satu isu yang serius yang perlu ditangani segera kerana ia berhubungkait dengan sistem keselamatan negara.

Sebelum ini Veteran DAP itu dalam satu kenyataan beliau membayangkan Malaysia mempunyai ‘penjenayah’ sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau turut mempersoalkan kenapa Zahid tidak diheret ke mahkamah oleh pihak polis dan disabitkan atas serangan jenayah.  Tidak cukup disitu, kesungguhan Lim Kit Siang dalam membangkitkan isu ini sehingga mendesak Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low yang dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri supaya mengeluarkan kenyataan sama ada beliau bersetuju bahawa Zahid perlu membersihkan namanya daripada segala tuduhan yang dikenakan terhadapnya

Dalam kelantangan pemimpin kuffar DAP itu memainkan isu berkenaan dalam usaha untuk menghancurkan karier politik pemimpin Islam yang bernama Zahid ini, tanpa disangka tiba-tiba berlakunya satu runtuhan penebat kilat dinegeri Pulau Pinang yang sekaligus membuka ruang untuk menjadi penyebab kepada kehadiran Zahid bertemu dengan pemimpin dari DAP itu.

Ketika melawat keluarga mangsa dan lokasi kejadian, Zahid dilihat begitu mesra dengan Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng sehingga dilihat berlakunya perdakapan mesra antara mereka,  sejurus insiden 'dakap mesra' itu berlaku, segala kelantangan Lim Kit Siang sebelum ini berhubung isu berkenaan terus senyap. Pertikaikan mengenai kredibiliti Zahid tidak lagi dikumandangkan oleh Lim Kit Siang. Namun, dapatkah kita bayangkan peristiwa apa yang ada disebalik insiden 'dakap' itu ?

Sangkaan keMelayuan seorang Naib Presiden Umno hilang apabila mendakap erat pemimpin DAP itu ternyata meleset sama sekali ? malah, dakapan Zahid itu telah meninggalkan satu pelajaran yang cukup besar khasnya kepada orang Melayu mengenai sikap sebenar pemimpin pembangkang terutamanya daripada DAP yang sering disanjung oleh orang Melayu berideologikan PAS.

Kebisuan Lim Kit Siang bukan setakat diakhbar semata-mata, bahkan ketika perbahasan dalam sidang parlimen semalam. Lim Kit Siang langsung tidak bangun ketika MP Puchong, Gobing Singh Deo membangkitkan isu ini, dalam suasana kecoh parlimen ketika itu, ia agak aneh sekali jika Lim Kit Siang hanya mampu mendengar sambil 'menggetel' jerawat batu yang ada dimukanya, sedangkan sebelum ini lantangnya beliau menyalak mengalahkan anjing. 

Ikhlaskah pemimpin DAP membangkitkan isu terhadap Zahid itu kononnya demi membela nasib  rakyat yang telah dinafikan keadilan keatasnya ? Tidak... Zahid telah membuktikan isu yang dibangkitkan keatas beliau itu bukanlah satu isu yang serius dan ia tidak lebih dari isu yang cuba dipolitikkan bagi tujuan tertentu.

Memandangkan lelaki yang dikatakan telah ditumbuk oleh Zahid itu merupakan anak guam kepada Gobind, hanya tinggal Gobind saja yang terpaksa menyalak membawa isu ini demi kepentingannya sebagai peguam kepada lelaki tersebut, namun jika Zahid turut mengambil pendekatan 'dakap mesra' terhadap Gobind sebagaimana yang telah diuji keatas Lim yang ternyata berkesan itu, maka isu yang cuba dipolitikkan ini juga tidak akan dipertikaikan lagi. Namun bersediakah Zahid untuk melakukannya ?

Kesimpulan dari itu, jelas apa yang telah dilakukan Zahid kepada Lim Kit Siang itu adalah satu bukti untuk menunjukkan isu yang dituduh keatas beliau satu tuduhan liar yang sengaja diperbesarkan dan ianya langsung tidak ada kena mengena dengan kredibiliti Zahid selaku Menteri Dalam Negeri. Anda Mampu Mengubahnya.





Mujarab sungguh penangan Zahid terhadap Lim Kit Siang, bolehkah berkongsi apa rahsia disebaliknya ?


Dipetik dari http://gelombangkick.blogspot.com

BERSATU BERSATU BERSATU

Akhirnya PAS bergaduh dengan DAP

Bapa Islam anak kristian, budaya baru Malaysia baru.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz menempelak Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana disifatkan membuat kenyataan berbaur ugutan terhadap parti itu berhubung hasrat meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, pertikaian berkenaan isu tersebut seharusnya diselesai menerusi perbincangan.

Katanya, masyarakat bukan Islam perlu menghormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang meletakkan hak orang Islam sebagai kepentingan teratas dan membenarkan mereka melaksana setiap tuntutan agama.

Tambah beliau, dalam isu menentukan agama kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ke bawah, ibu atau bapa yang telah memeluk Islam berhak membawa bersama anaknya memeluk Islam.

Sehubungan itu, katanya, Perlembagaan atau undang-undang yang mahu digubal perlu selari dengan hukum Islam tersebut.

"Mengikut hukum Islam apabila ibu atau bapa masuk Islam, maka anaknya di bawah umur berhak beragama Islam kerana anak itu berhak mengenali agama.

"Semua umat Islam mesti berusaha mendapatkan hak agama anak kerana itu hak mereka dengan Allah," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan Karpal supaya Ahli Parlimen Pas dan PKR menyokong cadangannya meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

Meskipun pembentangan Rang Undang- Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 ditarik balik, namun Karpal dilihat masih tidak berpuas hati selepas menyifatkannya sebagai tidak memadai.

Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 bertujuan mengelak 'salah tafsir' berhubung kebenaran menukar agama kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun.

Semalam, Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Karpal memberi kata dua itu bertentangan dengan konsep perkongsian antara ketiga-tiga parti tersebut dalam pakatan pembangkang.

Dalam pada itu, Nik Mohd. Abduh mahu semua pihak menghormati pendirian kerajaan yang menarik balik rang undang-undang tersebut.

"Kita negara majoriti Islam, apa-apa pertelingkahan cuba selesaikan dengan cara harmoni melalui perbincangan.

"Undang-undang tidak bergerak dengan ugutan tetapi melalui pemahaman," katanya.

BERSATU BERSATU BERSATU

[9 FOTO] GAMBAR P.RAMLEE YANG MUNGKIN ANDA TIDAK PERNAH LIHAT!!!

Gambar P-Ramlee Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Lihat:...

P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929. Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe, Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.

Bapa P.Ramlee

P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.Semenjak di bangku sekolah lagi, P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni, terutamanya dalam seni muzik. Di Penang Free, P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya, P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ). Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun. Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan pancaragam “ Teruna Kampung “. Dalam pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947, pancaragam beliau menjadi juara dengan lagu ‘ Keroncong Oh Suci ‘ yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.

P.Ramlee semasa muda

Pada tahun 1964, P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Studio Merdeka milik Merdeka Film Productions di Hulu Kelang.Sepanjang hayat P.Ramlee telah berlakon kira-kira 66 buah filem, mengarah 37 buah filem dan mencipta sebanyak 250 buah lagu. Namun setiap yang hidup pasti akan merasai kematian, awal pagi Selasa bersamaan 29 April 1973. P.Ramlee telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan sakit jantung ketika berusia 44 tahun. Beliau meninggal dunia di dalam ambulans sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

Walaupun beliau sudah lama meninggalkan alam yang fana ini , jasa dan baktinya dalam arena seni sentiasa kekal dalam ingatan. Pada 6 Jun 1990, Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-9 telah menganugerahkan beliau bintang Darjah Panglima Setia Mahkota ( DPSM ) yang membawa gelaran Tan Sri.




  Solat jenazah P.Ramlee





Gambar – gambar semasa beliau kembali ke Rahmahtullah

Mungkin ramai yg tak pernah tgk termasuk saya. Al-Fatihah buat Alllahyarham P.Ramlee

Foto terakhir P. Ramlee yang diambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia


Hancur badan dikandung tanah Budi baik dikenang juga Biar alam hancur dan musnah Jasa mu tetap dikenang juga Semoga Allah S.W.T mencucurkan rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.

BERSATU BERSATU BERSATU

PANAS !!! 4 EXCO CINA DAP DAN PKR SELANGOR ARAH TUTUP BAZAR RAMADHAN ? MAKCIK PENIAGA MELAYU PENGSAN !! APA LAHANAT NI ?

1.Penduduk dan peniaga di kawasan majoriti melayu, Kajang, Selangor yang telah mengundi pembangkang telah tidak dibenarkan meniaga diBazar Ramadhan Reko Sentral Kajang,Selangor ditutup dan tidak dibenarkan meniaga disitu. Slogan yang orang melayu Selangor selalu laungkan iaitu:
"Ini kalilah!"
"kita Tukar!"
"kita Ubah!"
telah bertukar sebaliknya diluar jangkaan mereka. Penduduk Selangor yang sering memberitahu kepada umum bahawa "kita harus bagi peluang kepada pembangkang memerintah selama 5 tahun dahulu. nanti jika tidak suka, kita ubah kembali, 5 tahun tidak lama pun" itulah kata-kata orang Melayu Selangor sewaktu kempen PRU13 yang lepas.

2.Seorang makcik peniaga Melayu telah jatuh pengsan dikawasan Reko Sentral Kajang ekoran kerana melihat banner penguguman oleh MPKJ bahawa dia sebagai pengundi yang memilih pembangkang di Kajang, Selangor telah tidak dibenarkan lagi berniaga di Kajang, Selangor.

3.Exco DAP meminta kepada semua peniaga dan penduduk Kajang, Selangor supaya tidak membuat sebarang demonstrasi bagi penutupan ini kerana, ini adalah hak dalam bidang kuasa mereka.

4.Keputusan ini dibuat atas arahan empat Exco Selangor iaitu:


 -DAP:Teng Chang Kim(Sg Pinang)
-DAP:Fan Yong Hian Wah(Sri Kembangan)
-DAP:Hannah Yeoh(Subang Jaya)
-PKR:Elizabeth Wong(Bukit Lanjan)

5.Pengundi Melayu yang mengundi DAP dan PKR dikawasan Sg Pinang, Sri Kembangan, Subang Jaya dan Bukit Lanjan antara pengundi yang menyumbang dalam kes penutupan bazar Ramadhan Kajang, Selangor ini.

6.Penutupan bazar Ramadhan Kajang ini telah kedengaran bahawa ianya akan kekal ditutup sehingga 5 tahun akan datang. Kes penutupan bazar Ramadhan Kajang ini sebenarnya adalah rentetan dari isu penutupan peniaga cina di Jonker Walk, Melaka. Dimana Tony Pua adalah titik permulaan yang mencadangkan bahawa Bazar Ramadhan di Selangor harus ditutup ekoran keputusan KM Idris Haron, Melaka.

7.Khalid Ibrahim selaku MB Selangor tidak dapat membantu peniaga dan penduduk melayu di kawasan Kajang, Selangor ekoran kerana jumlah kerusi dun PKR di Selangor adalah paling sedikit sekali antara berbanding dua rakan parti yang lain. Dalam hal ini MB Selangor Khalid Ibrahim terpaksa akur dan berdiam diri dengan penutupan bazar ramadhan Kajang, kerana sewaktu pemilihan Exco Selangor, DAP lah yang telah memberi muka dan budi bicara kepada PKR untuk memberi peluang kepada Khalid Ibrahim untuk menjadi MB di Selangor.

8.Sudah kedengaran dari pelbagai pihak menggesa PAS untuk berbincang dan menggunakan budi bicara terhadap DAP dalam isu penutupan Bazar Ramadhan Kajang ini kerana PAS adalah parti yang mempunyai kerusi DUN di Selangor yang sama banyak jumlahnya dengan kerusi DUN DAP iaitu:

-PAS: 15 kerusi Dun
-DAP: 15 kerusi Dun

9.Dalam masa yang sama Khalid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan rasmi di media bahawa dia selaku Menteri Besar berpendirian bahawa pusat hiburan di Selangor tetap beroperasi seperti biasa. MB Khalid Ibrahim juga telah meluluskan Projek Selangor Ladang Babi Mega terbesar di Asia bernilai RM100 juta dibawah arahan Teressa Kok yang mahu projek ladang ini dibuat dikawasan majoriti orang melayu, Selangor.

10.Di Pulau Pinang, Uptown Bandar Perda tempat perniagaan Melayu Penang telah ditutup juga dan dirampas khemah serta stall yang ada. DAP berkata ini adalah salah satu strategi perubahan negeri Penang. Bazar Ramadhan Kajang, Selangor sudah dibuat perubahan iaitu dengan pentupan dan Negeri Kelantan milik PAS diminta bersedia, kerana kedengaran DAP mahu membuat beberapa pindaan dan perubahan dengan penutupan di peniaga kawasan Melayu Kelantan. Tujuaan pindaan dan perubahan yang dilakukan kepada peniaga Melayu di Penang, Selangor dan akan datang Kelantan bertujuan untuk memajukan negeri dengan strategi yang berlainan dari BN.



ARK : Antara marah dan geram adalah sama banyak , beginilah nasib-nasib bangsa Melayu yang hanya mampu pengsan dan menangis meratapi kekejaman kuasa Kerajaan Negeri Selangor yang di ketuai olah mahakapir Dap dan sekutunya.

BERSATU BERSATU BERSATU

Isnin, 1 Julai 2013

Ceramah Agama dah diharamkan di Pulau Pinang

Ceramah Agama dah diharamkan di Pulau Pinang... Hasil kerja orang Islam sendiri. Syabas Pas! kuatkan usaha bersama DAP agar ceramah Islam tak perlu ada di bumi Malaysia ini.


Makin melampau apa yang dilakukan oleh Kerajaan Dap Pulau Pinang.. Bukan saja menyekat peniaga peniaga Melayu untuk menjalankan perniagaan, malah ceramah agama pun dah diharamkan...

Dengar kata arahan larangan ceramah agama oleh Ust Kazim Elias ini dikeluarkan oleh Exco beragama Islam dengan alasan, ia boleh menggugat kedudukan kerajaan negeri... 

Adakah YB Malik Kassim selaku Exco agama bersubahat dengan Dap yang terang terang anti Islam ???

Ust Kazim bukan penceramah politik seperti Ust Ust dari Parti Pas... Kenapa Exco berkenaan nak halang ???

Sepatutnya Malik Kassim menyokong dan beri galakan supaya program keagamaan seperti ini diperbanyakkan bukannya mencampur aduk urusan politik dengan Islam...

Di negeri yang ditadbir oleh BN pula belum pernah lagi terjadi kerajaan melarang ceramah agama.Waima ceramah agama yang dianjurkan oleh Pas sekali pun...


Kepada Exco Agama Malik Kassim sudah sudahlah nak berpolitik pun.. Janganlah sampai nak larang ceramah Agama...

Jangan jilat sangat Dap...


BERSATU BERSATU BERSATU

Ringkasan Sejarah Kerabat Raja Jembal Kelantan



Pengenalan

•Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
•Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.
•Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang mengawal aliran perdagangan dan politiknya.
•Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.

Asal-usul Kerajaan Jembal

•Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
•Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
•Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
•Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
•Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.
•Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.

Pertabalan Raja Sakti

•Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
•Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;

*Raja Adiluddin (Raja Loyar)
*Raja Bahar (Raja Udang)
*Raja Omar (Raja Ekok)
*Raja Sungai
*Puteri Sayu Bari
*Puteri Unang Melor
*Puteri Cempaka Bongsu

Kelantan Di Bawah Raja Loyar

•Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
•Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
•Raja Omar sebagai Raja Muda.
•Raja Sungai sebagai Temenggong.
•Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
•Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.

Hubungan Dengan Kerajaan Che Siti Wan Kembang

•Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.
•Hubungan dengan kerajaan Che Siti Wan Kembang adalah baik.
•Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang puteri bernama Puteri Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
•Che Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
•Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
•Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.

Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah

•Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
•Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
•Namun pinangan itu ditolak.
•Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
•Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota sekarang).
•Che Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
•Di sini Che Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di sana.
•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.

Peperangan Dengan Angkatan Siam

•Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
•Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.
•Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.
•Angkatan Siam mara pula ke Melor.
•Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.

Kemangkatan Raja Loyar

•Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
•Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
•Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar

Puteri Saadong Berangkat Pulang

•Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
•Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.
•Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
•Satu pertengkaran telah berlaku.
•Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
•Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.

Pemerintahan Raja Abdul Rahim

•Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
•Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.
•Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.
•Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.
•Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.

Kemangkatan Raja Abdul Rahim

•Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai.
•Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik Lelayang Mandi.
•Baginda mangkat di situ.

Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar

•Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.
•Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.
•Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.
•Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
•Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
•Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
•Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.

Kedatangan Anak Raja Pattani

•Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
•Mereka ialah;

*Tuan Sulong (Long Sulong)
*Tuan Senik (Long Senik)
*Tuan Besar (Long Bahar)

•Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.
•Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.
•Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.

Sultan Omar Mangkat

•Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.
•Baginda mangkat pada tahun 1721
•Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.
•Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.
•Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.

Raja Kecil Sulong

•Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
•Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.
•Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.
•Baginda memerintah 5 tahun sahaja.
•Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.

Peranan Raja Pah

•Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
•Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
•Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.
•Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
•Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
•Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.

Jembal Hari Ini

•Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.
•Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
•Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
•Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.
•Suasana itu kekal hingga ke hari ini.

Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal

•Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan.
•Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
•Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan, Che,Wan dan Nik.
•Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.
•Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
•AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
•PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’

Dipetik dari :RAJA JEMBAL - warisan kesultanan Kelantan