DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN AGONG

DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN AGONG
DAULAT TUANKU
Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Permaisuri

TUJUH WASIAT UNTUK RAKYAT


Di Persidangan Meja Bulat anjuran Gabungan Graduan Muda Melayu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya semalam, November 22hb, 2008, Yg. Arif Dato’ Mohd Noor bin Abdullah, Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia telah membacakan
“Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin Melayu”

Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Tujuh perkara itu adalah:

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkanREJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan,

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU, dan

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Rabu, 29 April 2009

NEGARA ISLAM PANDANGAN UMNO DAN PAS



Apakah Malaysia Sebuah Negara Islam?

PAS KATA:

A) "Negara Islam" ialah negara yang meletakkan prinsip tauhid atau ketuhanan sebagai tunjang kepada pembentukan dan pengurusan sesebuah masyarakat dan negara. Kuasa mutlak (sovereignty) hanya pada Tuhan dan bukan pada manusia, tidak sepertimana fahaman sekular yang menyatakan bahawa suara majoriti sebagai suara penentu meskipun keputusan yang dicapai atau yang dibuat bercanggah dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai sejagat yang boleh meruntuhkan akhlak dan nilai kemanusiaan. Berbanding dengan negara sekular, negara Islam tidak memisahkan aspek agama dari aspek kehidupan. Setiap urusan kehidupan ini pasti ada hubungannya dengan Tuhan, manakala fahaman sekular mengemukakan slogan "biarkan urusan negara kepada pemerintah, urusan agama pada Tuhan." Ringkasnya, urusan politik pemerintahan dan pentadbiran negara tiada kena mengena dengan agama. Justeru, rakyat bebas membuat keputusan dalam meluluskan undang-undang tanpa mengira pandangan agama.


B) Malaysia bukan sebuah negara Islam walaupun 10 negara lain dalam OIC mengatakan Malaysia sebuah negara Islam. Ia mungkin "negara umat Islam" tetapi bukan "negara Islam." Perdana Menteri Malaysia sendiri pernah mengatakan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan hukum Islam tidak sesuai di negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia. Tetapi baru-baru ini UMNO ada mengatakan bahawa Malaysia adalah "negara Islam." Apa yang anihnya MCA, MIC, dan DAP tidak melenting dengan pengumuman tersebut tetapi melenting apabila PAS menyatakan tentang "negara Islam." Ini menunjukkan seolah-olah ada "negara Islam ala-UMNO" dan "negara Islam al-PAS" sebagaimana UMNO pernah mendakwa cadangan hukum hudud yang dikemukakan di Kelantan adalah hudud PAS dan bukan hudud Islam. Penilaian samada sesebuah negara itu negara Islam atau tidak bukan berdasarkan institusi Islam yang dibina tetapi jauh lebih dari itu. Ah Choo dan Ramalingam yang memakai baju Melayu lengkap bersongkok dan bersamping songket tidak semestinya Muslim.

UMNO JAWAPAN:

A)Istilah Negara Islam “al-Dawlah Islamiyyah” atau “al-Hukumah al-Islamiyyah” tidak didapati penggunaannya dalam Quran. Istilah ini merupakan satu istilah baru yang mula diperkenalkan oleh Muhammad Rashid Rida dalam bukunya, “Caliphate and the Great Immate”

(1). Sungguhpun begitu dalam Qur’an terdapat istilah-istilah lain yang boleh menjadi asas kepada persoalan ini seperti istilah khalifah, khulafa’ atau khala’if


(2) dan juga istilah imam

(3) yang secara umumnya memberi pengertian sebagai pengganti Allah atau khalifah Allah di bumi atau kepimpinan kerohanian yang terbatas maksudnya untuk perkataan imam

(4) Selain daripada istilah-istilah di atas terdapat istilah-istilah lain lagi seperti ulu al-amr, yang bermaksud merujuk kepada pemerintah atau penguasa

(5) perkataan hukum

(6) atau hukkam yang bermaksud merujuk kepada penghukum adil. Antara istilah yang dipakai dalam Qur’an yang ada kaitan dengan masalah ini ialah istilah umat

(7) yang bermaksud kumpulan manusia yang bersatu berdasarkan agama dan undang-undang

(8) istilah kaum

(9) yang bermaksud merujuk kepada kumpulan manusia yang tunduk kepada pemimpin. Demkian juga istilah syura

(10) yang bermaksud merujuk kepada perbincangan dan permesyuaratan untuk menyelesaikan masalah

(11) dan jamaah

(12) yang merujuk maksudnya kepada satu kumpulan yang tunduk kepada pemimpin. Kedua-dua istilah disebut dalam Hadith Rasulullah s.a.w.

Istilah-istilah yang digunakan dalam dua sumber ini terkandung di dalamnya maksud kuasa, undang-undang atau perlaksanaannya. Dengan kata-kata lain istilah-istilah ini dapat dirumuskan kepada empat perkara besar iaitu autoriti mutlak ialah Allah, manusia sebagai khalifahNya, autoriti diberikan kepada Rasulullah dan khalifah Rasulullah atau umat, hukum syari’at atau perlaksanaannya.

Para ulama dalam membincangkan teori politik Islam selalunya diletakkan di bawah tajuk al- siyasah wa al- immah, al-ahkam al- sultaniyyah, iyyah.al-siyasah al-shar’ Nizam al-hukm fi al- Islam atau nizam al-siyasah fi al- Islam.
Dalam tulisan ualma tradisional tidak didapati takrif negara Islam diberikan. Apa yang mereka berikan ialah cirri-cirinya seperti perbincangan mereka tentang ketua negara, syarat-syaratnya, cara pemilihannya, tugasnya dan perkara-perkara lain yang ada kaitan dengan pentadbiran negara.
Pandangan Ulama Mu’tabar:



i. Memahami dan mengetahui pandangan beberapa ulama mengenai konsep negara Islam sangat penting, kerana kekeliruan dan keengganan untuk mengakui Malaysia Negara Islam adalah berpunca dari keengganan menerima pandangan-pandangan ini. Sebenarnya konsep “negara Islam” tidak terdapat di dalam nas yang jelas dari Al-Quran dan Al-Sunnah.



ii. Konsep negara Islam hanya dibincangkan oleh ulama-ulama terkemudian. Jadi ia termasuk dalam perkara-perkara “ijtihadiyyah” iaitu hasil kefahaman ulama yang berkenaan mengenainya.


iii. Ada berbagai definisi yang diberikan oleh ulama mengenai negara Islam ini antaranya: Muhammad bin Hasan as-Syaibani menyatakan : “Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya.”

Syaikh Muhammad Abu Zuhrah menjelaskan: “Negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahanannya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim.”

Menurut Dr. Mohammad Sa’id Ramadhan al-Butiy ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisi negara Islam beliu menjelaskan bahawa “pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyyah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negera itu sebagai negara Islam.”

Ini bermakna anggapan oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud menjadi syarat bagi mengiktiraf sesebuah negara sebagai negara Islam adalah tidak tepat dan bercanggah dengan pegangan umum ulama mu’tabar.

Penilaian terhadap sesebuah negara yang dikatakan SEKULAR dibuat berasaskan undang-undang ciptaan manusia (ahli perundangan moden), tetapi yang paling penting di sini ialah PENILAIAN berasaskan hukum FIQH ISLAM. Islam tidak mengenal pembahagian negara kepada NEGARA SEKULAR dan NEGARA AGAMA seperti yang difahami oleh ahli undang-undang Barat. Di dalam Islam negara terbahagi kepada 3


1) Negara Islam (Darul Islam)

2) Negara Kafir yang berperang dengan Islam (Darul Harb)

3) Negara Kafir yang tidak memerangi Islam (Darul Ahd)

Mempertikai status negara Malaysia bermakna meletakkannya dalam satu daripada dua jenis negara orang kafir yang dinyatakan di atas. Selain itu ia merupakan satu kesalahan dari sudut islam sendiri, kerana ia bererti bahawa umat Islam tidak wajib mempertahankan negara ini dari pencerobohan musuh negara, sedangkan sesebuah negara Islam itu-seperti yang disebutkan oleh Syaikh Muhammad Abu Zuhrah “WAJIB DIPERTAHANKAN OLEH SETIAP MUSLIM”

Tentang konsep SEKULAR dalam sosiologi membawa pengertian pemisahan agama dalam pentadbiran secara MUTLAK. Maka dalam konteks Malaysia, pemisahan agama dengan pentadbiran agama itu tidak berlaku secara Mutlak malahan tidak dipisahkan dengan unsur-unsur agama Islam itu sendiri.

Di Malaysia kita tidak menjadi seperti Asy-Syeikh Ali Abdul Raziq, seorang ulama al-Azhar dan Hakim Mahkamah Syariah Mesir ketika itu,dalam bukunya, al-Islam wa usul al-Hukm (Islam dan Prinsip-prinsip Pemerintahan)yang diterbitkan pada tahun 1925, iaitu setahun setelah runtuhnya sistem khalifah di Turki dibawah Bapa Sekularisme, Mustafa Kamal Atarturk.


Kedudukan beliau sebagai “ulama” al-Azhar yang amat prestiguos itu, telah menggemparkan negara Mesir dan Dunia Islam seluruhnya melalui fatwanya bahawa pemerintah mesti dipisahkan daripada agama Islam. Di antara pendapat beliau yang bertentangan dengan faham Islam itu termasuklah:-


1) Tugas Rasulullah saw sebagai wasilah syariah, bukan pelaksana
2) Syariah Islamiah terbatas kepada persoalan kerohanian semata-mata
3) Sistem pemerintahan semasa Nabi Muhammad saw adalah kabur dan tidak jelas.
4) Menafikan Ijmak para sahabat mengenai sistem khalifah
5) Sistem Khalifa’ al-Rasyidin tidak bersifat keagamaan, yakni semata-mata diwujudkan untuk menguruskan pentadbiran negara.
6) Soal pemerintahan negara tidak boleh dicampur-adukkan dengan agama Islam.


B) Kenyataan Y.A.B. Perdana Menteri mengenai Malaysia Negara Islam adalah suatu yang bijaksana dan sangat besar ertinya yang insya Allah mampu mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Sesungguhnya pernyataan Malaysia Negara Islam bukanlah suatu slogan kosong dan tidak juga suatu sandiwara yang diada-adakan, malah ianya suatu hakikat dan realiti yang tidak boleh, malah tidak patut dinafikan lagi.

Kenyataan itu sebenarnya adalah suatu PENJELASAN, bukannya pengisytiharan. Ini penting difahami dengan tepat kerana pada masa ini terdapat di kalangan rakyat Malaysia yang menganggap bahawa kenyataan itu sebagai suatu perisytiharan sehingga ada yang terperanjat, takut dan kecewa. Sebenarnya hakikat Malaysia sebagai negara Islam tidak perlu diisytiharkan lagi kerana tarafnya sebagai negara Islam telah terlaksana sejak perisytiharan kemerdekaannya dahulu lagi.

Sesungguhnya Malaysia adalah sebuah negara Islam. Bukti Malaysia Negara Islam boleh dirujuk kepada perkara-perkara berikut:

1.) Peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia: Perlembagaan Malaysia jelas memberikan kedudukan yang istimewa kepada Islam. Ini dapatdilihat seperti berikut:

i. “ Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.” Perkara 3(1) dalam perlembagaan ini telah dihuraikan oleh beberapa tokoh undang-undang di Malaysia. Ada yang berpendapat peruntukan itu sekadar menjelaskan bahawa upacara rasmi negara bolehlah dijalankan mengikut Islam. Namun demikian Almarhum Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim telah menegaskan bahawa dengan adanya peruntukan “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan”, maka Malaysia boleh memperkenalkan dirinya sebagai negara Islam.

ii. Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam.

iii. Urusan pentadbiran Islam menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

2) Pandangan Ulama Mu’tabar:

Konsep negara Islam hanya dibincangkan oleh ulama-ulama terkemudian. Jadi ia termasuk dalam perkara-perkara “ijtihadiyyah” iaitu hasil kefahaman ulama yang berkenaan mengenainya. Hal ini seperti Muhammad bin Hasan as-Syaibani, Muhammad Abu Zuhrah, al-Butiy dan lain-lain lagi.

3) Pengiktirafan dunia:

i. Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam dan telah menganggotai O.I.C sejak mula lagi.

ii. Pengiktirafan Malaysia Negara Islam contoh diberikan oleh negara Islam dan bukan Islam diseluruh dunia.

4) Pelaksanaan Pentadbiran Negara:

i. Asas pentadbiran Malaysia hari ini selaras dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, dalam bidang perundangan berbagai usaha telah dijalankan untuk menyelaraskan antara undang-undang sivil dan syarak. Dalam bidang mu’amalat dan ekonomi terdapat sistem baru yang selaras dengan ajaran Islam telah dilaksanakan seperti Sistem Perbankan Islam, Takaful, Al Rahn dan sebagainya.

ii. Selain dari itu dalam bidang pendidikan juga tidak ketinggalan disepadukan antara tuntutan ilmu fardhu ‘ain dan fardhu kifayah. Malah asas pembentukan syahsiah pegawai dan kakitangan kerajaan adalah dari nilai-nilai murni Islam.

iii. Kesungguhan kerajaan menghayati ajaran Islam dapat dilihat dalam usaha-usahanya membebaskan umat Islam dari belenggu khurafat, tahayul dan ajaran sesat, dengan sentiasa memberikan penjelasan dan penerangan menerusi berbagai media. Di samping itu kerajaan juga sentiasa mengambil berat mempastikan makanan dan barang gunaan umat Islam di negara ini halal dan suci. Malah Malaysia merupakan negara Islam terulung dan terkemuka dalam menjaga aqidah, syariah dan akhlak umat Islam di dunia hari ini.

iv. Antara bukti lain yang paling jelas menunjukkan Malaysia Negara Islam ialah penubuhan berbagai institusi yang berkaitan dengan pentadbiran Islam khususnya penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Mufti.

5) Muzakarah Fatwa:

i. Setelah mengambil kira berbagai pandangan, hujah dan keadaan yang wujud di Malaysia, serta akibat buruk dari penolakan Malaysia sebagai negara Islam, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 telah mengambil keputusan bahawa MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA ISLAM

ii. Kenyataan ini dengan jelas menolak anggapan kononnya Malaysia negara sekular kerana ciri-ciri sekularisma yang bermatlamatkan keduniaan semata sebagaimana yang difahami tidak wujud dalam falsafah dan pengurusan pentadbiran negara serta pegangan hidup rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Jaminan untuk Rakyat Bukan Islam: Kenyataan Malaysia Negara Islam sedikit sebanyak telah menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat yang bukan Islam, terutama bila terdapat beberapa pentafsiran salah yang cuba menakut-nakutkan mereka. Kekeliruan mengenainya sepatutnya tidak timbul kerana kepimpinan negara telah menjelaskan sifat Negara Islam Malaysia adalah berasaskan kehendak Islam yang sebenar dan tulin, yang tentunya berbeza dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh setengah-setengah negara Islam yang lain di dunia hari ini, yang sering memperlihatkan tindakan ganas dan tidak bertimbangrasa. Sesungguhnya prinsip-prinsip ajaran Islam seperti adil,bertimbangrasa menghormati kebebasan beragama menjadi amalan kerajaan sepanjang masa.

Kepimpinan Malaysia hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan tetap mempertahankan perlembagaan yang sedia ada yang mengiktiraf kebebasan beragama disamping menjaga hak-hak rakyat dengan saksama. Kerajaan juga bertanggungjawma. Kerajaan juga bertanggungjawgara dan menentang apa jua bentuk keganasan yang berlaku dan mungkin berlaku walau dari mana punca sekalipun. Oleh itu tidak ada sesiapa yang patut keliru, takut dan bimbang mengenai kedudukan mereka dalam negara Malaysia ini. Kerajaan yang ada sekarang sentiasa mempastikan tanggungjawabnya kepada rakyat dipenuhi dan dilaksanakan dengan saksama berpandukan kehendak-kehendak Perlembagaan Negara.

Meyakini dan berpegang dengan jaminan ini sangat penting bagi warga negara Malaysia seluruhnya. Oleh itu corak kepimpinan Islam yang ada di Malaysia hari ini mesti diteruskan dan dipertahankan jika inginkan kehidupan yang aman dan makmur bertambah dan berterusan serta mendapat keredhaan Allah ‘Azza wa jalla.

Sebaliknya menyerah dan membiarkan Malaysia dipimpin oleh kepimpinan golongan yang menolak hakikat Malaysia Negara Islam akan membawa Malaysia ke jurang kemusnahan dan kehancuran sepertimana yang di alami oleh banyak negara di dunia hari ini. Sikap ini dilarang oleh Islam.


BERSATU BERSATU BERSATU

Ringkasan Sejarah Kerabat Raja Jembal Kelantan



Pengenalan

•Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
•Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.
•Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang mengawal aliran perdagangan dan politiknya.
•Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.

Asal-usul Kerajaan Jembal

•Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
•Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
•Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
•Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
•Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.
•Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.

Pertabalan Raja Sakti

•Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
•Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;

*Raja Adiluddin (Raja Loyar)
*Raja Bahar (Raja Udang)
*Raja Omar (Raja Ekok)
*Raja Sungai
*Puteri Sayu Bari
*Puteri Unang Melor
*Puteri Cempaka Bongsu

Kelantan Di Bawah Raja Loyar

•Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
•Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
•Raja Omar sebagai Raja Muda.
•Raja Sungai sebagai Temenggong.
•Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
•Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.

Hubungan Dengan Kerajaan Che Siti Wan Kembang

•Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.
•Hubungan dengan kerajaan Che Siti Wan Kembang adalah baik.
•Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang puteri bernama Puteri Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
•Che Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
•Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
•Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.

Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah

•Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
•Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
•Namun pinangan itu ditolak.
•Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
•Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota sekarang).
•Che Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
•Di sini Che Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di sana.
•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.

Peperangan Dengan Angkatan Siam

•Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
•Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.
•Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.
•Angkatan Siam mara pula ke Melor.
•Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.

Kemangkatan Raja Loyar

•Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
•Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
•Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar

Puteri Saadong Berangkat Pulang

•Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
•Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.
•Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
•Satu pertengkaran telah berlaku.
•Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
•Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.

Pemerintahan Raja Abdul Rahim

•Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
•Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.
•Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.
•Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.
•Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.

Kemangkatan Raja Abdul Rahim

•Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai.
•Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik Lelayang Mandi.
•Baginda mangkat di situ.

Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar

•Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.
•Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.
•Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.
•Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
•Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
•Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
•Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.

Kedatangan Anak Raja Pattani

•Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
•Mereka ialah;

*Tuan Sulong (Long Sulong)
*Tuan Senik (Long Senik)
*Tuan Besar (Long Bahar)

•Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.
•Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.
•Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.

Sultan Omar Mangkat

•Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.
•Baginda mangkat pada tahun 1721
•Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.
•Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.
•Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.

Raja Kecil Sulong

•Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
•Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.
•Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.
•Baginda memerintah 5 tahun sahaja.
•Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.

Peranan Raja Pah

•Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
•Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
•Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.
•Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
•Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
•Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.

Jembal Hari Ini

•Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.
•Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
•Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
•Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.
•Suasana itu kekal hingga ke hari ini.

Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal

•Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan.
•Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
•Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan, Che,Wan dan Nik.
•Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.
•Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
•AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
•PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’

Dipetik dari :RAJA JEMBAL - warisan kesultanan Kelantan