DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN AGONG

DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN AGONG
DAULAT TUANKU
Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Permaisuri

TUJUH WASIAT UNTUK RAKYAT


Di Persidangan Meja Bulat anjuran Gabungan Graduan Muda Melayu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya semalam, November 22hb, 2008, Yg. Arif Dato’ Mohd Noor bin Abdullah, Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia telah membacakan
“Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin Melayu”

Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Tujuh perkara itu adalah:

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkanREJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan,

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU, dan

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Selasa, 25 Ogos 2009

Kutubah Akhir Nabi Muhammad S.A.W


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Jumaat, 21 Ogos 2009

MELAYU AKAN BERKUBUR

“Berpegang teguhlah kamu kepada agama Allah secara kuat dan janganlah kamu bercerai berai. Dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu, ketika dahulu kamu bermusuhan, lalu Allah persatukan hati kamu, sehingga kamu menjadi bersaudara kerana nikmat-Nya dan kamu waktu itu berada dipinggir jurang neraka lalu Dia selamatkan kamu dari jurang itu. Demikianlah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya, mudah-mudahan kamu terpimpin kejalan yang benar.” – maksud ayat 103, Surah Ali-Imran.

Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.

Bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat.

Bersatu teguh, bercerai roboh.

There are no mistakes in life, only lessons. But if you don’t learn from those lessons then it will be a mistake – Anonymous.


artikel ini dipetik dari :darahtuah


500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Melaka


1. Adakah saya pro- Melayu? YA. Adakah saya bimbang terhadap serangan dan kehilangan kuasa serta hak bangsa Melayu? YA. Adakah saya mahu mempertahankan hak dan kuasa bangsa Melayu? YA. Adakah saya anti-bukan Melayu? TIDAK! Adakah saya mahu menyerang dan merampas pula kuasa dan hak bukan Melayu? TIDAK.


2. Rencana ini ditulis dalam konteks semangat seperti para di atas.


3. Kita ingat 1511? Tentu ada yang ingat dan ada pula yang tak tahu. Ia adalah tarikh kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis akibat perpecahan dan hasad dengki orang Melayu sendiri serta sumbangan peranan jahat Si Kitol dan Mandaliar.


4. Siapa belajar darinya? Tidak siapa belajar. Dalilnya? Melayu terus berpecah dan hasad dengki terus berleluasa hingga ke hari ini! Maksud ayat 103, Surah Ali-Imran dan peribahasa yang tajam di atas tidak dihiraukan. It seems neither the Malays want to learn from past lessons; they are happy to make the same mistakes!


5. Siapa pula si Kitol dan Mandaliar di zaman digital ini? Anwar, Nik Aziz, Karpal, Kit Siang?


6. Nampaknya Melayu lebih berminat untuk mengikut perangai Arab yang suka bergaduh sesama sendiri daripada bersatu. Tidak pula mahu mencontohi perangai Yahudi yang kental perpaduannya. Lantas, 5 juta penduduk Israel yang terkepong boleh mengalahkan 100 juta Arab yang mengepong mereka. Bermakna, dengan sokongan 8 juta lagi Yahudi di merata dunia, seorang penduduk Israel boleh mengalahkan 20 orang Arab – 1:20!


7. Tahu 2011 akan menjelang? Tahu tetapi tidak kisah. Sekiranya tidak kisah maka bolehlah Melayu terus bertemasyah dengan agenda berpecah belah. Jika demikianlah sikap orang Melayu umumnya maka bangsa ini akan musnah dan tumpas pada tahun 2011, kalau PRU ke-13 diadakan pada tahun tersebut.


8. Kali ini, jika tumpas, bangsa Melayu tidak akan boleh bangkit lagi. Ia akan kehilangan kuasa, terus lenyap dan terkubur UMPAMA PERAWAN YANG KEHILANGAN DARA, IA TAK AKAN KEMBALI LAGI!


9. Serangan pertama yang berlaku pada tahun 1969 diuja semula pada tahun 2008 dan akhirnya mereka akan berjaya pada tahun 2011! Sejarah hitam bangsa Melayu berulang genap selepas 500 tahun Empayar Kesultanan Melayu Melaka tumbang.


RJP kaum Cina


10. Pada masa yang sama, lengkaplah sejarah kaum Cina yang bermula pada tahun 1957 untuk berkuasa di Tanah Melayu! Justeru itu, seperti bangsa-bangsa lain, bangsa Melayu perlulah mengenali dirinya dan musuhnya, jika ingin terus survive dan menang sebagaimana yang ditegaskan oleh Sun Tzu “If you know the enemy and know yourself you need not fear the results of a hundred battles”.


11. Apa yang perlu diketahui? Pertama mengakui kelemahan bangsa sendiri yang gagal bersatu padu. Kedua, menginsafi bahawa, dari awal lagi, dikatakan kaum Cina di negara ini telahpun merangka Outline Prospective Plan (OPP) atau Rancangan Jangka Panjang (RJP) mereka yang mengandungi strategi tiga serangkai:


* mendapatkan hak kerakyatan,


* menguasai ekonomi, dan


* menguasai politik (kuasa memerintah).


12. Nampaknya strategi tersebut berpaksikan saranan Sun Tzu:


“In the practical art of war, the best thing of all is to take the enemy’s country whole and intact; to shatter and destroy it is not so good”.


13. Punca utama segala masalah sekarang ialah pemberiaan kewarganegaraan (jus soli) tanpa syarat itu. Mungkin pada masa tersebut, pemimpin Melayu menganggap nilai kewargenagaraan sama seperti Rusia melihat Alaska – tidak berguna.


14. Pada tahun 1887 Russia telah menjualkan Alaska kepada USA pada harga yang murah; hanyalah US$7 juta. Rupa-rupanya Alaska mempunyai simpanan minyak dan gas yang bernilai berbilion dolar! La ni Russia hanya boleh mengggit jari!


15. Begitulah juga jadinya dengan kerakyatan yang diberikan kepada kumpulan imigran. Pada tahun 1957, ianya suatu yang nampak innocent dan dihargai, sepertimana yang diakui oleh Tun Tan Siew Sin serta Tun Sambanthan. Sekarang ia sudah menjadi lebih teruk dari melepaskan anjing tersepit! Jelas bahawa kerugian bangsa Melayu jauh lebih besar daripada kerugian orang Russia!


16. Kejayaan dua strategi pertama itu tidak siapa boleh menafikannya. Strategi ketiga juga telah berjaya sejak merdeka lagi tetapi ianya secara subtle. Banyak kawasan majoriti Melayu seperti Selayang dan Ampang telah mereka tawan secara halus iaitu atas nama pembangunan, harga rumah yang mahal dan kuota perumahan 30 (Melayu):70 (bukan Melayu). Pada tahun 2011 nanti ia akan menjadi satu realiti / malapetaka yang mengerikan bangsa Melayu.


Melayu, Arab dan unta


17. Bangsa Melayu akan menjadi Arab yang ditendang keluar dari khemah oleh untanya. Bangsa ini akan senasib dengan bangsa Melayu yang merempat di Temasik (Singapura). Bangsa ini akan mengulangi azab yang ditanggung oleh ibu bapa mereka semasa Bintang 3 berkuasa selama 14 hari pada tahun 1945 – disiksa, dibunuh, dibakar dan dirogol. Bangsa ini akan senasib dengan orang Islam Uighur di Xinjiang yang dikejami oleh kaum Cina Han. Na’uzubillah.


18. Jika benarlah berlaku malapetaka itu maka siapa hendak disalahkan? Kaum Cina? Sudah tentu mereka TIDAK bersalah. Yang bersalah ialah BANGSA MELAYU sendiri dan semua pemimpinnya. Sudah terlambat untuk saya pantunkan ‘Jangan salahkan ibu mengandung’.


Ambil galah jolok kedondong,
Galah patah menimpa dahan,
Jangan salahkan ibu mengandung,
Sudah nasib sialnya badan.


19. Bangsa Melayu hanya setakat pandai seperti burung kakak tua – mendendangkan lagu “bersatu teguh, bercerai roboh; bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat” tetapi tidak menghayati maksudnya.


Piagam Madinah


20. Yang bijak pandai tentang agama Islam dan memahami pula Piagam Madinah juga tidak menghayatinya.


21. Keadaan masyarakat Madinah ketika itu hampir sama dengan keadaan masyarakat di Malaysia masa kini.


22. Penduduk Madinah terdiri dari sebuah masyarakat majmuk yang sentiasa berperang / bergaduh: antara Aus (UMNO) dengan Kharaj (PAS), antara Arab (Melayu) dengan Yahudi (Cina) dan antara Yahudi dengan Yahudi. Bezanya kaum Cina dengan Cina di negara ini tidak bergaduh walaupun berbeza fahaman politik.


23. Nabi Muhammad saw sedar bahawa orang Yahudi (Cina / DAP) sentiasa mencari peluang untuk menghina dan menyerang orang Islam (Melayu) dan orang Musyirikin Mekah (Singapura) pula sering berusaha untuk memusnahkan orang Islam (Malaysia).


24. Perlembagaan Madinah berjaya menyatu-padukan kaum-kaum yang menjadi musuh tradisi itu sehinggalah bani Aus bersatu dengan bani Kharaj dan menjadi kaum Ansar. Kaum Ansar (Melayu) pula dengan murah hati membantu golongan Muhajirin (orang Islam dari Mekkah).


25. Bilakah UMNO dan PAS hendak bersatu seperti Aus dan Kharaj? UMNO boleh sebumbung dengan MCA, MIC, GERAKAN dan parti-parti lain yang bukan Islam. Mengapa ia tidak boleh bekerjasama dengan PAS?


26. PAS pula boleh sebantal dengan parti bukan Islam – PKR dan DAP. Mengapa ia tidak boleh sefahaman dengan UMNO yang jelas memperjuangkan Islam seperti terpahat di bawah Fasal 3 Perlembagaannya?


27. Kedua-dua UMNO dan PAS hendaklah ingat bahawa Perlembagaan Madinah (Islam ) (a) mengutamakan kerjasama dan perpaduan di kalangan umat Islam serta (b) menyuruh umat Islam mempertahankan saudara Islam dari serangan bukan Islam sekalipun ia menuntut masyarakat majmuk Madinah bersatu.


28. Fasal 12 jelas MENYURUH orang Islam membantu saudara Islamnya yang berada dalam kesulitan.


29. Fasal 13 pula MELARANG orang Islam bermusuhan sesama sendiri serta menyeru supaya mempertahankan saudara Islam lain yang diserang atau dizalimi.


30. Fasal 14 bukan sahaja MELARANG orang Islam (a) membunuh saudara Islam bagi kepentingan orang kafir bahkan (b) MELARANG membantu orang kafir menganiaya orang mukmin.

Silat dan perpaduan Melayu

31. Tentulah jelas apa yang dipahatkan dalam Perlembagaan Madinah itu tetapi mengapa pemimpin UMNO dan PAS seperti orang Melayu bersilat apabila bercakap pasal perpaduan? Ahh sini, ahh sana; ciss sini, ciss sana; naahh sani, naahh sana tetapi langkah semakin jauh; bukannya semakin rapat. Akhirnya dua-dua lari. Betul tak?


32. Bulan lepas kita dengar kenyatan Dato’ Nik Aziz semacam hendak rujuk semula; ingin bekerjasama dengan Kerajaan Pusat demi kepentingan rakyat. Dalam episod yang lalu, beliaulah yang paling nyaring menentangnya.


33. Agaknya, beliau sudah terjumpa peruntukan dalam Perlembagaan Madinah, seperti di atas, yang menyeru kepada perpaduan. Malangnya, Belum sempat kita hendak bergembira, dia sudah buat kerenah lagi.


34. Dianjurkan para pemimpin Melayu dari semua parti politik belajarlah dari Britain dan Perancis. Kedua-dua negara ini merupakan musuh tradisi; sentiasa berperang – Perang 100 Tahun, Perang 7 Tahun dan Perang 7 Hari. Berjuta yang mati dan berbilion pound/franc harta yang musnah. Tetapi kedua negara tersebut akhirnya boleh bekerjasama. Kerjasama mereka itulah yang telah melahirkan supersonic Concorde!


35. Masa bagi orang Melayu bersatu sudah terlalu genting. Lebih-lebih lagi (a) parti-parti berasaskan kaum Cina telah bersatu atas isu yang menguntungkan kaum mereka, (b) pemimpin MCA telah bersuara agak sumbang apabila dia menegaskan bahawa parti-parti dalam BN hendaklah bebas dan berotonomi serta boleh membuat desakan dan (c) secara halus kaum Cina telah dihasut supaya bersatu menumbangkan kerajaan BN (maksudnya menumbangkan UMNO), jika sijil gabungan sekolah-sekolah cina (setaraf dengan SPM) tidak diiktiraf:


“Ibarat air boleh timbulkan kapal, air juga boleh tenggelamkan kapal, kerajaan adalah dipilih oleh rakyat, ahli-ahli politik terpaksa melihat suara rakyat, rakyat diibarat seperti air, air boleh timbulkan kapal dan juga boleh tenggelamkan kapal, jika disukai rakyat maka berjayalah mereka, jika tidak disukai rakyat maka hilang lah mereka.”


DSAI dan hulu kapak


36. Besar kemungkinan BN/UMNO akan kalah kerana (a) kaum Cina sudah committed untuk menjayakan strategi ke-3 mereka, (b) mereka sudah ada pelantar politik pilihan (alternative political platform) terbaik – Pakatan Pembangkan (PP) dan DSAI – untuk merealisasikan visi mereka itu (c) PP dan DSAI bersedia memberikan tawaran yang jauh lebih baik daripada apa yang mereka sudah dapat daripada UMNO dan apa yang boleh ditawarkan lagi oleh UMNO.


37. Mereka sudah dapat betis dan peha orang Melayu dari UMNO. Kini nampaknya DSAI sanggup pula menawarkan ‘celah peha’ orang Melayu!


38. DSAI nampaknya sanggup membuat tawaran sedemikian kerana dia dilihat sebagai political animal yang obsess untuk berkuasa at any cost, seperti yang dipahatkan oleh John Milton:


To reign is worth ambition tho’ in Hell:
Better to reign in Hell, then serve in Heav’n.


39. Jika beliau berjaya berkuasa dan bangsa Melayu pula yang ranap, musnah dan tumpas maka benarlah peribahasa orang tua-tua bahawa DSAI lah yang menjadi hulu kapak (kayu / Melayu) yang meranapkan Melayu kerana ‘kapak tak boleh menumbangkan pohon kayu / membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya’!


40. Dalam keadaan yang terhimpit dan cemas itu, adakah bangsa Melayu masih mampu bingkas bangun menyerang dan menang, seperti yang diperkatakan oleh Sun Tzu:


“Confront them with annihilation, and they will then survive; plunge them into a deadly situation, and they will then live. When people fall into danger, they are then able to strive for victory”?


41. Betulkah Melayu akan bertindak sedemikian?


Pilihan?


42. Walau apapun, menurut Gen.Sudirman, anak kunci kejayaan / kemenangan ialah perpaduan:


“Taka kan ada kemenangan jika tak ada kekuatan. Tak akan ada kekuatan tanpa perpaduan. Tak akan ujud perpaduan jika tak ada semangat silaturrahim sesama saudara.”


43. Justeru apakah pilihan yang ada pada orang Melayu selain daripada bersatu? Setelah kukuh berpadu, barulah agenda baru untuk memperkasa kekuatan ekonomi dan politik Melayu dapat disusun semula tanpa mengambil hak kaum lain:


Jangan hampir di seberang,
Hampir saja dekat kota
Jangan ambil hak orang
Ambil saja yang hak kita.


44. Apakah pilihan yang ada pula pada orang Malaysia jika mahu hidup aman, selamat dan makmur selain daripada mengikut jejak langkah orang Islam dan Yahudi di Madinah serta orang Inggeris dan Perancis yang hidup bekerjasama dan bermuafakat?


45. Lantaran itu, marilah kita sama-sama bergading bahu merealisasikan the elusive dream agar menjadi realiti melalui konsep 1MALAYSIA.

Ringkasan Sejarah Kerabat Raja Jembal Kelantan



Pengenalan

•Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
•Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.
•Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang mengawal aliran perdagangan dan politiknya.
•Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.

Asal-usul Kerajaan Jembal

•Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
•Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
•Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
•Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
•Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.
•Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.

Pertabalan Raja Sakti

•Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
•Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;

*Raja Adiluddin (Raja Loyar)
*Raja Bahar (Raja Udang)
*Raja Omar (Raja Ekok)
*Raja Sungai
*Puteri Sayu Bari
*Puteri Unang Melor
*Puteri Cempaka Bongsu

Kelantan Di Bawah Raja Loyar

•Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
•Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
•Raja Omar sebagai Raja Muda.
•Raja Sungai sebagai Temenggong.
•Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
•Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.

Hubungan Dengan Kerajaan Che Siti Wan Kembang

•Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.
•Hubungan dengan kerajaan Che Siti Wan Kembang adalah baik.
•Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang puteri bernama Puteri Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
•Che Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
•Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
•Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.

Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah

•Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
•Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
•Namun pinangan itu ditolak.
•Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
•Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota sekarang).
•Che Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
•Di sini Che Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di sana.
•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.

Peperangan Dengan Angkatan Siam

•Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
•Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.
•Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.
•Angkatan Siam mara pula ke Melor.
•Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.

Kemangkatan Raja Loyar

•Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
•Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
•Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar

Puteri Saadong Berangkat Pulang

•Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
•Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.
•Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
•Satu pertengkaran telah berlaku.
•Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
•Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.

Pemerintahan Raja Abdul Rahim

•Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
•Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.
•Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.
•Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.
•Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.

Kemangkatan Raja Abdul Rahim

•Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai.
•Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik Lelayang Mandi.
•Baginda mangkat di situ.

Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar

•Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.
•Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.
•Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.
•Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
•Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
•Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
•Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.

Kedatangan Anak Raja Pattani

•Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
•Mereka ialah;

*Tuan Sulong (Long Sulong)
*Tuan Senik (Long Senik)
*Tuan Besar (Long Bahar)

•Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.
•Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.
•Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.

Sultan Omar Mangkat

•Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.
•Baginda mangkat pada tahun 1721
•Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.
•Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.
•Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.

Raja Kecil Sulong

•Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
•Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.
•Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.
•Baginda memerintah 5 tahun sahaja.
•Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.

Peranan Raja Pah

•Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
•Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
•Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.
•Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
•Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
•Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.

Jembal Hari Ini

•Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.
•Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
•Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
•Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.
•Suasana itu kekal hingga ke hari ini.

Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal

•Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan.
•Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
•Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan, Che,Wan dan Nik.
•Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.
•Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
•AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
•PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’

Dipetik dari :RAJA JEMBAL - warisan kesultanan Kelantan