DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN AGONG

DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN AGONG
DAULAT TUANKU
Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Permaisuri

TUJUH WASIAT UNTUK RAKYAT


Di Persidangan Meja Bulat anjuran Gabungan Graduan Muda Melayu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya semalam, November 22hb, 2008, Yg. Arif Dato’ Mohd Noor bin Abdullah, Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia telah membacakan
“Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin Melayu”

Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Tujuh perkara itu adalah:

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkanREJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan,

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU, dan

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Sabtu, 11 April 2009



kepada
saudara nik aziz bin nik mat
pejabat menteri besar kelantan,
merangkap mb kelantan seumur hidup
dan mursidul am untuk seluruh agama.


semoga saudara berada didalam akal yang waras selalu, walaupun secara realitinya saudara nik aziz tidak pernah berada bersikap sedemikian.


saudara nik aziz, aku memperkenalkan diri aku sebagai GAP, penentang no 1 kepada kaedah pemutar belit islam yang selama ini kau amalkan. harap maklum bahawa aku sudah membaca surat terbuka kau kepada anak cina berfahaman DAP bernama nga kor ming.


dalam surat kurang cerdik saudara, secara totalnya saudara mahu memujuk nga supaya tidak terkesan dengan teguran berkenaan dengan pronounciation surah al quran. saudara nik aziz, kau manusia yang paling hebat memperlekehkan agama demi kepentingan politik pas kau.
kiranya kau mahu menegur nga, sepatutnya ASAS teguran yang pertama wajib kau lakukan adalah mengarahkan saudara nga untuk tidak pandai-pandai MEWUJUDKAN SATU SURAH BARU QURAN, dan kedua sebelum menyebut apa-apa pun surah sesat ini, maka wajiblah untuk nga mengucap dua kalimah syhadah dan dipotong koneknya (bersunat) . kalau hati saudara nga berniat berdakwah, maka selesaikanlah dulu perkara pokok dan basis islam terlebih dahulu.
mengapa bodoh benar kau ditipu dengan DAP, adakah dengan sekadar pandai membicara surah quran dan mahu menjadi umar abd aziz, lubang bontot orang pas sudah kembang kuncup bangga dibuai pujian ? masyaallah..takkanlah dengan game politik simple begini kamu boleh menggadai body ?


saudara nik aziz, walaupun kau dianggap oleh penyokong kau sebagai mursidul am,disanjung dan dipuja, NAMUN HARUS AKU INGATKAN KEPADA KAU walau apapun gelaran yang diberi belum tentu menjamin kamu untuk masuk sorga.


harus kamu ingat juga wahai saudara nik aziz, KAMU TIDAK DILANTIK OLEH MANA-MANA PIHAK ISLAM SEBAGAI 'WAKIL SAH' PERJUANGAN ISLAM DI MALAYSIA. dengan itu kau tidak terlepas dengan apa juga teguran dan kritikan .sedangkan abu bakar as sidiq yang dijamin sorga itupun minta ditegur, inikan pula kamu wahai nik ajis yang tiada apa-apa !


saudara nik ajis, sebelum kamu mengeluarkan lebih banyak statement2 kontradiksi maka aku sarankan kamu untuk bercerminkan muka. renungkan semula kenyataan2 kurang siuman kamu tatkala mengeluar bicara. masih ingatkah lagi akan statement kamu berkenaan tuhan pun mencarut,tuhan samseng,lebih baik berkawan dengan syaitan daripada berkawan dengan umno,penghinaan terhadap wanita yang dirogol,perbandingan perokok lebih hina daripada binatang,pas yang biadap terhadap sultan,perkataan 'ALLAH' boleh digunakan di gereja dll yang tak mampu aku tuliskan di sini?


ATAU YANG PALING JELEK
'kita akan laksana hudud dalam masa 30 tahun lagi'... setelah karpal singh membantah perlaksanaannya. kau nik aziz selama ini telah menggertak orang melayu dengan pelbagai gelaran jijik seperti munafik,zindik,sesat bila mereka tidak mengikut kata kamu untuk melaksanakan hudud TETAPI bilamana karpal menyinsing lengan membantah, maka kamu menarik hand brake !


permainan 'politik brengset' apa yang kamu mainkan ini wahai nik ajis ? kamu lebih takutkan karpal singh atau takutkan ALLAH SWT ?!


ULAMAK KATEGORI MANA KAMU INI
apabila keseluruhan hidup kamu lebih cenderong melakukan dakwah 'menghukum' berbanding dengan dakwah hikmah yang dibawa nabi saw ? kamu lebih banyak menghukum dan menggertak seolah-olah ilmu dan pangkat kamu sudah menjamin jalan kamu ke sorga ?
nabi muhammad saw manusia yang dijamin sorganya. walaupun sedemikian janji tuhan, tatkala dihina dan dibaling batu sewaktu berdakwah di taif, nabi saw masih lagi mendoakan kebaikan penduduk taif, berbeda dengan kamu yang angkuh dan sombong lebih suka mengeluarkan fatwa-fatwa sesat, habis seluruh melayu yang bukan dari kalangan penyokong kau disesatkan hanya semata-mata mereka tidak menyokong perjuangan maha sempit kau !


SEBENARNYA KAMU TAHU
bahawa perjuangan sempit kamu merosakkan umat telah ditolak oleh melayu. bermula dengan pengurangan sokongan melayu di kawasan wakaf mempelam dan diikuti oleh 5000 melayu yang beralih sokongan menolak kamu di bukit gantang.


MAKA DENGAN ITU LAH
kamu mengutus surat 'insuran' kepada saudara nga kor ming sebagai satu signal kepada seluruh pengundi non muslim agar terus menyokong kamu dalam dasar 'merogol islam dan melayu' yang sedang kamu lacurkan . kamu sudah terlepas cakap. terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata badan binasa. pas kini di sudut penjuru yang sempit, tidak mampu mengubah posisi kedudukannya.


hati kamu gundah gulana, sekilas surat ini sudah ku tahu kerisauan jiwa. kamu runsing dan jiwamu tertekan. kiranya kamu beralih arah semula dengan menyokong dasar melayu dan pas kembali ke perjuangan asal, maka kamu akan kehilangan sokongan non muslim.
namun orang melayu tidak mahu tertipu lagi dengan permainan politik hina pas.orang melayu semakin membenci diri kamu dan pas. KAMU TELAH MENGHINA ISLAM DAN KAMU TELAH MENGHINA BANGSA MELAYU ! 11 bulan sahaja diperlukan oleh kami untuk mengembalikan sokongan umat melayu kepada umno. dan insyaallah dengan izin dan usaha gigih....


MAKA AKU BERJANJI
pada muktamar pas bulan jun ini, kami akan pastikan kamu melihat di depan mata kamu sendiri kehancuran pas dihancurkan oleh proksi-proksi berkepentingan dalam perebutan jawatan ! dalang di sebalik kehancuran pas tidak lain adalah proksi anwar dan yang terbaru proksi DAP !
AMANAH HJ GAP (ULANGAN AMANAH HJ HADI)


ingat wahai umat melayu, PAS TIDAK SEKALI-KALI MEWAKILI KITA DALAM URUSAN ISLAM. ingatlah pada ayat bahawa setiap batang tubuh kita adalah sebenar-benarnya KHALIFAH di muka bumi ini.


adalah menjadi tanggungjawap seluruh anak muda dan seluruh orang melayu untuk menyampaikan amanah penting GAP ini , jadikan ia sepertimana amanat hj hadi tahun 1982 !
ORANG MELAYU KIRANYA MAHU MENYELAMATKAN ISLAM DAN BANGSA, WAJIP MENOLAK PAS !


saudara nik ajis...selamat melihat kehancuran pas nanti. insyaallah !
TAKBIR TAKBIR TAKBIR


sekian

BERSATU BERSATU BERSATU

Ringkasan Sejarah Kerabat Raja Jembal Kelantan



Pengenalan

•Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
•Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.
•Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang mengawal aliran perdagangan dan politiknya.
•Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.

Asal-usul Kerajaan Jembal

•Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
•Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
•Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
•Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
•Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.
•Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.

Pertabalan Raja Sakti

•Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
•Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;

*Raja Adiluddin (Raja Loyar)
*Raja Bahar (Raja Udang)
*Raja Omar (Raja Ekok)
*Raja Sungai
*Puteri Sayu Bari
*Puteri Unang Melor
*Puteri Cempaka Bongsu

Kelantan Di Bawah Raja Loyar

•Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
•Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
•Raja Omar sebagai Raja Muda.
•Raja Sungai sebagai Temenggong.
•Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
•Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.

Hubungan Dengan Kerajaan Che Siti Wan Kembang

•Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.
•Hubungan dengan kerajaan Che Siti Wan Kembang adalah baik.
•Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang puteri bernama Puteri Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
•Che Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
•Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
•Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.

Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah

•Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
•Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
•Namun pinangan itu ditolak.
•Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
•Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota sekarang).
•Che Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
•Di sini Che Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di sana.
•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.

Peperangan Dengan Angkatan Siam

•Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
•Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.
•Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.
•Angkatan Siam mara pula ke Melor.
•Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.

Kemangkatan Raja Loyar

•Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
•Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
•Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar

Puteri Saadong Berangkat Pulang

•Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
•Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.
•Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
•Satu pertengkaran telah berlaku.
•Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
•Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.

Pemerintahan Raja Abdul Rahim

•Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
•Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.
•Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.
•Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.
•Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.

Kemangkatan Raja Abdul Rahim

•Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai.
•Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik Lelayang Mandi.
•Baginda mangkat di situ.

Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar

•Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.
•Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.
•Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.
•Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
•Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
•Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
•Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.

Kedatangan Anak Raja Pattani

•Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
•Mereka ialah;

*Tuan Sulong (Long Sulong)
*Tuan Senik (Long Senik)
*Tuan Besar (Long Bahar)

•Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.
•Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.
•Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.

Sultan Omar Mangkat

•Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.
•Baginda mangkat pada tahun 1721
•Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.
•Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.
•Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.

Raja Kecil Sulong

•Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
•Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.
•Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.
•Baginda memerintah 5 tahun sahaja.
•Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.

Peranan Raja Pah

•Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
•Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
•Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.
•Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
•Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
•Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.

Jembal Hari Ini

•Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.
•Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
•Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
•Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.
•Suasana itu kekal hingga ke hari ini.

Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal

•Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan.
•Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
•Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan, Che,Wan dan Nik.
•Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.
•Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
•AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
•PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’

Dipetik dari :RAJA JEMBAL - warisan kesultanan Kelantan