Setelah bertahun diperkudakan oleh PKR dan DAP akhirnya Pas
seakan tersedar dari mimpi dan terpaksa mengakui, bahawa parti itu telah GAGAL
mendidik pengerusi parti Ultra Kiasu, Karpal Singh dengan ajaran Islam. Ia
diakui sendiri oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ketika mengulas
kenyataan bohong Karpal yang menjadi polemik akhir-akhir ini.
Harun Taib berkata, kenyataan Karpal akibat kecetekan ilmu
terhadap Islam dan berharap pemimpin itu mengkaji serta belajar Islam dengan
baik sehingga akhirnya sedar kenyataan itu tidak betul.
Disebabkan kenyataan Karpal yang meminta agar Pas dibubarkan
pendaftaran, sebelum ini, ramai di kalangan pimpinan Pas mula melenting bagai
nak gila. Baik pemimpin yang besar, hinggalah kepada pemimpin di peringkat
kawasan kampung, semua seolah-olah terkejut dan tidak percaya kenyataan
tersebut keluar dari mulut pemimpin rakan sekutu mereka di dalam pakatan
pembangkang.
Sedangkan sebelum ini, baik DAP mahupun Karpal Singh mereka
ini semua dipuji bak setinggi langit. Kononnya parti ultra kaisu itu telah mula
faham dengan Islam, persetujuan untuk bekerjasama adalah sebahagian dari
dakwah, malah ada di kalangan mereka yang ‘marah’ dan yang sanggup membela DAP
yang dilabelkan sebagai ‘kafir harbi’.
Contohnya Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin
Razali melalui kenyataan yang disiarkan oleh Harakah Daily pada 16 Ogos 2012
mengatakan, tindakan melabelkan DAP sebagai kafir harbi adalah salah dan sangat
tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan mereka.
Beliau menjelaskan, dalam konteks hubungan antara Pas dengan
DAP yang mengikat janji sepakat atas nama Pakatan, maka ahli-ahli DAP yang
bukan Islam boleh dikategorikan sebagai kafir mu’ahid, iaitu istilah bagi bukan
Islam yang berikat janji dengan orang Islam.

Seterusnya Pas suatu ketika dahulu juga, pernah berbangga
apabila mendakwa DAP telah mula memahami Islam sejak parti itu menggunakan
pendekatan ‘tahaluf siyasi’. Ini kerana menurut mereka, ketika Konvensyen DAP
Pulau Pinang yang diadakan pada 2010, ia telah diakhiri dengan bacaan doa.
Mereka mendakwa ia sebagai bukti dan tanda DAP telah mula
mendekatkan diri dengan Islam dan semakin terbuka untuk menerima Islam selari
dengan kenyataan yang pernah diungkapkan oleh Musyidul Am, Nik Aziz Nik Mat.
Malah bekas menteri besar Perak sebelum ini juga pernah
berkali-kali memuji DAP yang disifatkan sebagai cukup intim, saling memahami,
tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif sama ada agama atau yang menyentuh
hak orang Melayu.
Paling menarik, untuk mengelaburi mata rakyat, mereka turut
mengatakan Nga Kor Ming yang merupakan salah seorang Exco dari DAP pada ketika
itu sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Nizar. Nga dikatakan
sering bertanya dari ayat mana dan surah apa yang dibacakan oleh Nizar.
Tidak cukup dengan itu, bagi meyakinkan hubungan antara Pas
dan DAP bukan seperti yang di dakwa kononnya Nga sering merujuk kepada Al-Quran
bagi mencari ayat yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti,
ketelusan dan amanah.
Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, kini DAP tidak lagi
dianggap sebagai sahabat mahupun kawan. Tambahan pula pada Muktamar kali ini,
parti itu akan memilih pucuk pimpinan. Maka sudah tentu mereka yang ingin
bertanding perlu meyakinkan para perwakilan bahawa mereka adalah merupakan
calon yang paling layak untuk dipilih.
Selain mempunyai kredibiliti, watak garang dan tegas juga
perlu ditonjolkan bagi memastikan perwakilan yakin dan seterusnya mengundi
mereka.
Kesimpulannya, kenyataan Karpal dan isu Hudud yang dimainkan
pada ketika ini tidak lebih hanya satu drama dan sandiwara. Ini kerana semua
perkara yang dibangkitkan itu akan lenyap sejurus sahaja keputusan pemilihan
diketahui.
Hakikatnya Pas adalah merupakan parti politik yang
menggunakan Islam untuk kepentingan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan