DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN AGONG

DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN AGONG
DAULAT TUANKU
Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Permaisuri

TUJUH WASIAT UNTUK RAKYAT


Di Persidangan Meja Bulat anjuran Gabungan Graduan Muda Melayu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya semalam, November 22hb, 2008, Yg. Arif Dato’ Mohd Noor bin Abdullah, Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia telah membacakan
“Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin Melayu”

Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Tujuh perkara itu adalah:

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkanREJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan,

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU, dan

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Isnin, 25 November 2013

Redhuan Tee Tegur Dan ingatkan PAS...

SAYA sudah berkali-kali mengingatkan Pas, berhati-hati dengan parti ultra kiasu. Ultra kiasu musuh Islam. Tetapi Pas terus bersangka baik.

Alasannya, parti ultra kiasu sudah sudah lembut dengan Islam.

Buktinya, ultra kiasu sudah berani membawa bendera Pas dan berkempen untuk Pas dalam pilihan raya.

Saya yakin pimpinan Pas tahu, ultra kiasu amat licik dan berstrategi.

Ultra kiasu hanya mahukan undi Pas untuk memerintah beberapa negeri yang bilangan mereka agak ramai, seperti Pulau Pinang, Selangor dan Perak, serta tidak mustahil Melaka dan Negeri Sembilan selepas ini.

Ultra kiasu sedar, mereka tidak akan menang tanpa sokongan Pas. Untuk memenuhi cita-cita jahat itu. Maka, terpaksalah ultra kiasu bermuka-muka bekerjasama dengan Pas. Meskipun dasar perjuangan keduanya sangat berbeza. Satu mahukan Islam, satu lagi amat menentang Islam.

Kajian demi kajian telah membuktikan, bahawa ultra kiasu bukan sahaja anti Islam, tetapi anti apa jua pertubuhan atau perkara berkaitan Islam. Sebab itu, mereka menyokong LGBT walaupun Islam dan agama mereka sendiri mengharamkannya. Kerana tidak mahu dikaitkan dengan Islam, maka matlamat menghalalkan cara.

Terus terang, sebenarnya ultra kiasu tidak pernah lembut terhadap keislaman Pas. Pas yang terlalu perasan. Berdasarkan kajian, sebenarnya, ultra kiasu lebih mempercayai keislaman UMNO yang disangka lebih terbuka berbanding Islam Pas yang lebih ortodoks.

Hari ini ultra kiasu telah beralih kepada PKR kerana mereka tidak boleh jalan dengan cara UMNO. Itupun ultra kiasu cukup berhati-hati kerana mereka tahu, kebanyakan ahli PKR adalah juga bekas ahli UMNO.
Perangai UMNO masih ada dalam PKR. Cuma saya pelik, kenapa Pas boleh terpengaruh?

Menurut Nasruddin (2006), ultra kiasu terpaksa menerima UMNO atas dasar UMNO adalah ‘syaitan yang dikenali’ atau ‘the lesser of two evils’ berbanding Pas. Melalui temubual dengan Setiausaha Kerja DAP pada ketika itu, Tan Kok Wai (Ahli Parlimen Cheras), ultra kiasu terpaksa bersama UMNO walaupun UMNO adalah sebuah parti yang korup dan rasuah. Jika diberikan pilihan antara korupsi UMNO dengan Negara Islam Pas, maka ultra kiasu akan memilih korupsi daripada negara Islam. Apakah Pas tidak membaca kajian tesis ini?

Lihat cara ultra kiasu mengadaptasikan dirinya. Dahulu, mereka langsung tidak boleh bersemuka dengan Pas, kerana Pas mahu negara Islam. Ultra kiasu tahu, tanpa sokongan Pas mereka tidak boleh memerintah negeri-negeri tertentu. Lantaran, ultra kiasu mengubah strategi. Namun, tetap kekal dengan pendirian menentang Islam. Inilah kelicikan ultra kiasu.

Saya tidak fikir Pas tidak tahu. Saban hari, kenyataan-kenyataan pimpinan mereka amat mengguriskan hati kita. Tetapi kerana terlalu benci dan berdendam dengan UMNO, Pas sanggup bersekongkol dengan ultra kiasu, meskipun mereka tahu niat busuk ultra kiasu.

Sedarlah wahai Pas, jika dahulu strategi ultra kiasu hanya mahukan ekonomi atau bisnes sahaja. Hari ini tidak lagi. Mereka mahu kedua-duanya sekali, bisnes dan kuasa. Dengan ada kuasa, ultra kiasu boleh buat apa sahaja, seperti mana kejayaan Yahudi. Mereka tahu dengan kuasa dan wang, umat Islam boleh dibeli. Akibatnya, umat Islam kampung tergadai, hidup merempat.

Bila UMNO mahu menghulurkan tangan, Pas bersangka buruk dengan mengatakan itu adalah perangkap. Kenapa dengan mereka yang jelas menentang Islam, itu bukan perangkap?

Kenapa kita begitu naïf? Pada saya, jikapun benar UMNO belot terhadap Pas atau Pas belot dengan UMNO, kuasa masih lagi di tangan umat Islam.
Busuk-busuk umat Islam, kita tetap bersaudara.

Jika tidak ada pilihan, saya lebih rela duduk di bawah pemerintah UMNO yang ‘zalim’ (jika benar dakwaan Pas) daripada duduk di bawah kafir harbi yang menjadi musuh Islam dan itulah ultra kiasu.

Pas mesti berhati-hati dengan mudarat yang lebih besar yang bakal menimpa. Saya hanya akan bersangka baik, jika ultra kiasu menerima Islam. Jika mereka terus anti Islam, maka selama-lamanya ultra kiasu adalah musuh saya.

Saya tidak peduli apa jua bentuk serangan dilakukan ke atas peribadi saya. Tindakan itu tidak akan mematikan semangat saya untuk mendedahkan kemerbahayaan mereka terhadap Islam.
Terbaharu, ultra kiasu sedaya upaya mahu mematikan karektor saya.

Banyak bahan rahsia universiti yang tidak boleh dibawa keluar, telah dibawa keluar dengan sengaja oleh profesor tali barut mereka di tempat saya bekerja dan diberikan kepada ultra kiasu di luar sana untuk disensasikan.

Beberapa laporan polis saya dibuat sebelum ini. Siasatan rapi masih belum dijalankan oleh pihak polis. Laporan polis akan menyusul lagi selepas ini. Saya mohon pihak polis serius. Dari segi undang-undang, saya tidak dapat bertindak lebih jauh selagi orang yang membocorkan bahan rahsia ini tidak disiasat. Jangan anggap saya diam, saya terima sahaja apa yang dilakukan. Perjuangan tidak pernah selesai selagi yang menjadi musuh Islam terus mahu matikan karektor saya.

Tulisan Dr Redhuan Tee Abdullah...

PEMBANGKANG DIMALAYSIA TIADA WIBAWA DAN TIADA MARUAH DIRI.


Seburuk-buruk dan sejahat-jahat gambaran yang diberikan oleh pembangkang kepada pemimpin UMNO dan parti komponen didalam Barisan Nasional, mereka yang diburukkan ada jasa besar kepada rakyat. Tak perlu nak diperincikan satu persatu. Semuanya maklum, apa yang dinikmati pada hari ini adalah hasil polisi-polisi awam para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Sememangnya, tidak adil menafikan sumbangan dan jasa pemimpin atas dasar marah dan benci semata-mata. 

Amat mendukacitakan sekali, bilamana pihak pembangkang, terutama puak Anwarinas dan pro Komunis serta cauvinis rasis DAP gagal menterjemahkan kata-kata lidah tak bertulang mereka dipentas-pentas ceramah kepada tindakan proaktif memberikan sumbangan dan jasa kepada rakyat. Sebaliknya, kita melihat pembangkang terlampau-lampau berpolitiking.

Pembangkang bertindak seperti orang gila yang tak siuman. Sepanjang tempoh dari 2008 sehingga kini, setiap apa yang mereka katakan didepan mikrofon, tak pernah pun mereka terjemahkan kepada tindakan. Mereka bercakap pasal kebebasan bersuara, bila mereka dikritik , mereka menyaman dan menyalahgunakan prosiding menghina mahkamah. 

Mereka bercakap mengenai perpaduan dan anti rasis. Tapi mereka tidak pernah menyukai dan menghormati pun budaya dan agama serta bahasa orang Melayu. Mereka bercakap mengenai hak asasi, tapi mereka seringkali melanggar hak asasi itu dalam pelbagai bentuk tindakan demonstrasi jalanan. 

Mereka bercakap mengenai ketirisan dan urustadbir cekap, tapi mereka gagal menguruskan kewangan negeri yang mereka tadbir dengan baik. Mereka hanya berbangga dengan tabungan.  Tapi enggan membelanjakan wang tersebut unutk manafaat rakyat.

Majoriti rakyat kini amat kecewa dengan pihak pembangkang dan masih marah kepada 
UMNO/BN waima agak reda sikit. Nampaknya, puak pembangkang dan UMNO/BN perlu segera mengatasi masalah peribadi sesama mereka. Rakyat dah jemu dan letih tengok Dewan Rakyat menjadi Medan Sarkis. 

Ancaman Dari Jiran - Rahsia 40 Tahun Singapura



Kami paparkan peta Singapura untuk tatapan sekelian.

Bayangkan jika diri anda menjadi pemerintah nya, sambil melihat peta negera anda yang tidak seberapa besar hanya  sekangkang kera lebih kurang 580km persegi.

Walaupun tanah dibawah kuasa anda kecil , ia tidak setanding ego anda.Dengan perasan anda lebih "superior" dari jiran atau pun kaum lain yang mengelilingi negara anda.

Lagi 20 tahun kemana arah tuju dan kemana hendak pergi dengan wang yang banyak tetapi tanah yang sedikit.Tentu sekali kenegara jiran yang terhampir yang memilki tanah.Betul tak?

Kemudian lihat lebih jauh dinegara yang mempunyai masalah yang serupa ia itu negara Israel.

Sambil di kelilingi oleh negara Islam ia terlalu ego dan angkuh untuk menerima hakikat diri itu kecil. Maka sah anda sudah dapat kawan yang boleh berkongsi isu dan problem yang sama.

Jika Israel boleh menawan semua jiran nya bukan sahaja melalui ketenteraan , malah  juga melalui perang saraf dan pemasangan proksi maka Singapura nampak nya tidak ada opsyen lain melainkan meniru jejak langkah serupa.

Apakah yang dilakukan oleh negara Singapura sebaik sahaja ia di sepak keluar dari Malaysia?

He turned to the Jewish state, through the Israeli ambassador in Thailand, for help. Israel sent a military mission led by Maj. Gen. Rehavam Ze'evi, then deputy head of the military's operations branch. (Ze'evi was assassinated in Jerusalem by Palestinian gunmen in October 2001.)

Lee insisted on secrecy because he didn't want to antagonize his Muslim neighbors, Malaysia and Indonesia. The team of Israeli instructors arrived in October 1965. Lee wrote in his 2000 autobiography: "To disguise their presence, we called them 'Mexicans.' They looked swarthy enough."Today, Singapore's armed forces, 72,500-strong, are considered one of the most advanced militaries in Southeast Asia.

Itu lah yang di lakukan oleh pemerintah dari parti PAP , abang kepada DAP , tuan kepada PAS.

Singapura tidak boleh terus menambak tanah untuk meluaskan kawasan nya.Ia amat costly.

Jika kita berfikiran waras sambil melihat peta tadi kita akan tahu lagi 20 tahun srvival Singapura ada lah dengan pergantungan  kepada jiran nya Malaysia.



Kira kita akan bernasib baik jika mereka setakat mahu menjadi partner dalam perniagaan.

Tetapi mengenali cara bertindak negara Israel dan Singapura pula belajar dari nya , kita kena lah juga tahu bahawa rencana sulit masa depan nya juga ada membabitkan Malaysia.



Kuasai negara kita melalui proksi , jika tidak Singapura tidak boleh survive.

Sambil akan menguna kan cara saraf dan pemasangan kaki dan talibarut untuk menyusah kan Malaysia, Singapura pula membina satu sistem keselamatan untuk diri nya.

Baca ini-
Iron Dome will be a crucial element in Singapore's drive to build a defensive shield around one of the world's biggest and most important ports.

Israel is determining how many batteries of Iron Dome and two other systems that will make up its planned multi-layered missile shield, will be required. Each battery, which costs $50 million, can cover an area of around 60 square miles, which means 13 of them would be needed to cover all of Israel.



Begitu teguh ketahanan keteteraan yang di siap kan oleh Israel untuk Singapura.

Malah Singapura membayar dan membiyai research untuk ketenteraan Israel, yang mana kemudian nya hasil alat dan bahan itu di serah kan kepada Singapura.

"From the outset, Iron Dome was always intended for Singapore, which helped finance its development," Intelligence Online explained. "Iron Dome will be battle-tested in Israel ahead of export to Singapore at a late date."

Singapore has bought Israeli weapons systems extensively over the years and Israeli defense companies regularly participate at the annual Singapore Air Show.

Israeli Aerospace Industries, state-owned flagship of Israel's defense industry, has sold Singapore the Barak-1 naval anti-aircraft system. Rafael's electronic warfare system are widely deployed with the Singapore navy.

Jadi ketahui lah apa sahaja alat ketenteraan yang di guna kan oleh Israel di negara  Arab atau negara jiran nya ada lah bahan ujian untuk akhir nya di serah kan kepada Singapura. Negara yang diserangi Israel kerap kali sebagai alasan sahaja yang mana sebenar nya menguji alat baru tentera Israel.

Kini ketahui lah bahawa sememang nya parti politik tertentu di Malaysia  diguna kan untuk mencapai hasrat Singapura.

Survival nya amat bergantung kepada keluasan tanah.Apa bila seorang nomad politik yang sentiasa sahaja bertanding merata tempat mengambil possisi di Gelang Patah , ia nya memang ada perancangan masa depan.

Sambil menunggu kejayaan mencapai hasrat itu pelbagai cara di guna akn untuk distabilize kan negara ini.



Kesusahan kita ada lah kesejahteraan mereka.

Bagi yang tiada mata hati untuk membaca dan pengetahuan tentang rencana jiran kita ini melain kan hanya tahu dan mahu menghukum orang, elok sangat lah usah cuba memegang tampuk pemerintahan.

Bagi yang sedang memerintah sila peka dengan rencana masa depan jiran kita yang ketandusan tanah, mereka sudah berjaya mencengkam sedikit demi sedikit negeri Johor, apa barang mahu memiliki tanah tanpa menguasai nya?

Hasrat mahu menawan Malaysia tetap ada jika Singapura mahu terus ujud. Kepadatan penduduk dan penambahan penduduk membuat nya menjadi tidak selesa di masa depan.\

Setelah mengalih kan sebahagian besar "slut factory" nya ke Johor , pembebasan tanah  nya merupa kan penyelesaian sementara sahaja.

Redhuan Tee Tegur Dan ingatkan PAS...

SAYA sudah berkali-kali mengingatkan Pas, berhati-hati dengan parti ultra kiasu. Ultra kiasu musuh Islam. Tetapi Pas terus bersangka baik.

Alasannya, parti ultra kiasu sudah sudah lembut dengan Islam.

Buktinya, ultra kiasu sudah berani membawa bendera Pas dan berkempen untuk Pas dalam pilihan raya.

Saya yakin pimpinan Pas tahu, ultra kiasu amat licik dan berstrategi.

Ultra kiasu hanya mahukan undi Pas untuk memerintah beberapa negeri yang bilangan mereka agak ramai, seperti Pulau Pinang, Selangor dan Perak, serta tidak mustahil Melaka dan Negeri Sembilan selepas ini.

Ultra kiasu sedar, mereka tidak akan menang tanpa sokongan Pas. Untuk memenuhi cita-cita jahat itu. Maka, terpaksalah ultra kiasu bermuka-muka bekerjasama dengan Pas. Meskipun dasar perjuangan keduanya sangat berbeza. Satu mahukan Islam, satu lagi amat menentang Islam.

Kajian demi kajian telah membuktikan, bahawa ultra kiasu bukan sahaja anti Islam, tetapi anti apa jua pertubuhan atau perkara berkaitan Islam. Sebab itu, mereka menyokong LGBT walaupun Islam dan agama mereka sendiri mengharamkannya. Kerana tidak mahu dikaitkan dengan Islam, maka matlamat menghalalkan cara.

Terus terang, sebenarnya ultra kiasu tidak pernah lembut terhadap keislaman Pas. Pas yang terlalu perasan. Berdasarkan kajian, sebenarnya, ultra kiasu lebih mempercayai keislaman UMNO yang disangka lebih terbuka berbanding Islam Pas yang lebih ortodoks.

Hari ini ultra kiasu telah beralih kepada PKR kerana mereka tidak boleh jalan dengan cara UMNO. Itupun ultra kiasu cukup berhati-hati kerana mereka tahu, kebanyakan ahli PKR adalah juga bekas ahli UMNO.
Perangai UMNO masih ada dalam PKR. Cuma saya pelik, kenapa Pas boleh terpengaruh?

Menurut Nasruddin (2006), ultra kiasu terpaksa menerima UMNO atas dasar UMNO adalah ‘syaitan yang dikenali’ atau ‘the lesser of two evils’ berbanding Pas. Melalui temubual dengan Setiausaha Kerja DAP pada ketika itu, Tan Kok Wai (Ahli Parlimen Cheras), ultra kiasu terpaksa bersama UMNO walaupun UMNO adalah sebuah parti yang korup dan rasuah. Jika diberikan pilihan antara korupsi UMNO dengan Negara Islam Pas, maka ultra kiasu akan memilih korupsi daripada negara Islam. Apakah Pas tidak membaca kajian tesis ini?

Lihat cara ultra kiasu mengadaptasikan dirinya. Dahulu, mereka langsung tidak boleh bersemuka dengan Pas, kerana Pas mahu negara Islam. Ultra kiasu tahu, tanpa sokongan Pas mereka tidak boleh memerintah negeri-negeri tertentu. Lantaran, ultra kiasu mengubah strategi. Namun, tetap kekal dengan pendirian menentang Islam. Inilah kelicikan ultra kiasu.

Saya tidak fikir Pas tidak tahu. Saban hari, kenyataan-kenyataan pimpinan mereka amat mengguriskan hati kita. Tetapi kerana terlalu benci dan berdendam dengan UMNO, Pas sanggup bersekongkol dengan ultra kiasu, meskipun mereka tahu niat busuk ultra kiasu.

Sedarlah wahai Pas, jika dahulu strategi ultra kiasu hanya mahukan ekonomi atau bisnes sahaja. Hari ini tidak lagi. Mereka mahu kedua-duanya sekali, bisnes dan kuasa. Dengan ada kuasa, ultra kiasu boleh buat apa sahaja, seperti mana kejayaan Yahudi. Mereka tahu dengan kuasa dan wang, umat Islam boleh dibeli. Akibatnya, umat Islam kampung tergadai, hidup merempat.

Bila UMNO mahu menghulurkan tangan, Pas bersangka buruk dengan mengatakan itu adalah perangkap. Kenapa dengan mereka yang jelas menentang Islam, itu bukan perangkap?

Kenapa kita begitu naïf? Pada saya, jikapun benar UMNO belot terhadap Pas atau Pas belot dengan UMNO, kuasa masih lagi di tangan umat Islam.
Busuk-busuk umat Islam, kita tetap bersaudara.

Jika tidak ada pilihan, saya lebih rela duduk di bawah pemerintah UMNO yang ‘zalim’ (jika benar dakwaan Pas) daripada duduk di bawah kafir harbi yang menjadi musuh Islam dan itulah ultra kiasu.

Pas mesti berhati-hati dengan mudarat yang lebih besar yang bakal menimpa. Saya hanya akan bersangka baik, jika ultra kiasu menerima Islam. Jika mereka terus anti Islam, maka selama-lamanya ultra kiasu adalah musuh saya.

Saya tidak peduli apa jua bentuk serangan dilakukan ke atas peribadi saya. Tindakan itu tidak akan mematikan semangat saya untuk mendedahkan kemerbahayaan mereka terhadap Islam.
Terbaharu, ultra kiasu sedaya upaya mahu mematikan karektor saya.

Banyak bahan rahsia universiti yang tidak boleh dibawa keluar, telah dibawa keluar dengan sengaja oleh profesor tali barut mereka di tempat saya bekerja dan diberikan kepada ultra kiasu di luar sana untuk disensasikan.

Beberapa laporan polis saya dibuat sebelum ini. Siasatan rapi masih belum dijalankan oleh pihak polis. Laporan polis akan menyusul lagi selepas ini. Saya mohon pihak polis serius. Dari segi undang-undang, saya tidak dapat bertindak lebih jauh selagi orang yang membocorkan bahan rahsia ini tidak disiasat. Jangan anggap saya diam, saya terima sahaja apa yang dilakukan. Perjuangan tidak pernah selesai selagi yang menjadi musuh Islam terus mahu matikan karektor saya.

Tulisan Dr Redhuan Tee Abdullah...

Ringkasan Sejarah Kerabat Raja Jembal Kelantan



Pengenalan

•Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
•Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.
•Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang mengawal aliran perdagangan dan politiknya.
•Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.

Asal-usul Kerajaan Jembal

•Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
•Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
•Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
•Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
•Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.
•Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.

Pertabalan Raja Sakti

•Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
•Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;

*Raja Adiluddin (Raja Loyar)
*Raja Bahar (Raja Udang)
*Raja Omar (Raja Ekok)
*Raja Sungai
*Puteri Sayu Bari
*Puteri Unang Melor
*Puteri Cempaka Bongsu

Kelantan Di Bawah Raja Loyar

•Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
•Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
•Raja Omar sebagai Raja Muda.
•Raja Sungai sebagai Temenggong.
•Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
•Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.

Hubungan Dengan Kerajaan Che Siti Wan Kembang

•Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.
•Hubungan dengan kerajaan Che Siti Wan Kembang adalah baik.
•Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang puteri bernama Puteri Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
•Che Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
•Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
•Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.

Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah

•Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
•Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
•Namun pinangan itu ditolak.
•Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
•Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota sekarang).
•Che Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
•Di sini Che Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di sana.
•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.

Peperangan Dengan Angkatan Siam

•Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
•Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.
•Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.
•Angkatan Siam mara pula ke Melor.
•Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.

Kemangkatan Raja Loyar

•Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
•Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
•Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar

Puteri Saadong Berangkat Pulang

•Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
•Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.
•Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
•Satu pertengkaran telah berlaku.
•Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
•Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.

Pemerintahan Raja Abdul Rahim

•Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
•Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.
•Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.
•Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.
•Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.

Kemangkatan Raja Abdul Rahim

•Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai.
•Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik Lelayang Mandi.
•Baginda mangkat di situ.

Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar

•Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.
•Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.
•Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.
•Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
•Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
•Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
•Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.

Kedatangan Anak Raja Pattani

•Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
•Mereka ialah;

*Tuan Sulong (Long Sulong)
*Tuan Senik (Long Senik)
*Tuan Besar (Long Bahar)

•Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.
•Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.
•Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.

Sultan Omar Mangkat

•Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.
•Baginda mangkat pada tahun 1721
•Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.
•Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.
•Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.

Raja Kecil Sulong

•Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
•Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.
•Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.
•Baginda memerintah 5 tahun sahaja.
•Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.

Peranan Raja Pah

•Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
•Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
•Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.
•Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
•Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
•Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.

Jembal Hari Ini

•Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.
•Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
•Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
•Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.
•Suasana itu kekal hingga ke hari ini.

Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal

•Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan.
•Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
•Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan, Che,Wan dan Nik.
•Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.
•Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
•AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
•PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’

Dipetik dari :RAJA JEMBAL - warisan kesultanan Kelantan