DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN AGONG

DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN AGONG
DAULAT TUANKU
Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Permaisuri

TUJUH WASIAT UNTUK RAKYAT


Di Persidangan Meja Bulat anjuran Gabungan Graduan Muda Melayu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya semalam, November 22hb, 2008, Yg. Arif Dato’ Mohd Noor bin Abdullah, Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia telah membacakan
“Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin Melayu”

Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Tujuh perkara itu adalah:

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkanREJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan,

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU, dan

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Rabu, 29 April 2009

NEGARA ISLAM PANDANGAN UMNO DAN PAS



Apakah Malaysia Sebuah Negara Islam?

PAS KATA:

A) "Negara Islam" ialah negara yang meletakkan prinsip tauhid atau ketuhanan sebagai tunjang kepada pembentukan dan pengurusan sesebuah masyarakat dan negara. Kuasa mutlak (sovereignty) hanya pada Tuhan dan bukan pada manusia, tidak sepertimana fahaman sekular yang menyatakan bahawa suara majoriti sebagai suara penentu meskipun keputusan yang dicapai atau yang dibuat bercanggah dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai sejagat yang boleh meruntuhkan akhlak dan nilai kemanusiaan. Berbanding dengan negara sekular, negara Islam tidak memisahkan aspek agama dari aspek kehidupan. Setiap urusan kehidupan ini pasti ada hubungannya dengan Tuhan, manakala fahaman sekular mengemukakan slogan "biarkan urusan negara kepada pemerintah, urusan agama pada Tuhan." Ringkasnya, urusan politik pemerintahan dan pentadbiran negara tiada kena mengena dengan agama. Justeru, rakyat bebas membuat keputusan dalam meluluskan undang-undang tanpa mengira pandangan agama.


B) Malaysia bukan sebuah negara Islam walaupun 10 negara lain dalam OIC mengatakan Malaysia sebuah negara Islam. Ia mungkin "negara umat Islam" tetapi bukan "negara Islam." Perdana Menteri Malaysia sendiri pernah mengatakan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan hukum Islam tidak sesuai di negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia. Tetapi baru-baru ini UMNO ada mengatakan bahawa Malaysia adalah "negara Islam." Apa yang anihnya MCA, MIC, dan DAP tidak melenting dengan pengumuman tersebut tetapi melenting apabila PAS menyatakan tentang "negara Islam." Ini menunjukkan seolah-olah ada "negara Islam ala-UMNO" dan "negara Islam al-PAS" sebagaimana UMNO pernah mendakwa cadangan hukum hudud yang dikemukakan di Kelantan adalah hudud PAS dan bukan hudud Islam. Penilaian samada sesebuah negara itu negara Islam atau tidak bukan berdasarkan institusi Islam yang dibina tetapi jauh lebih dari itu. Ah Choo dan Ramalingam yang memakai baju Melayu lengkap bersongkok dan bersamping songket tidak semestinya Muslim.

UMNO JAWAPAN:

A)Istilah Negara Islam “al-Dawlah Islamiyyah” atau “al-Hukumah al-Islamiyyah” tidak didapati penggunaannya dalam Quran. Istilah ini merupakan satu istilah baru yang mula diperkenalkan oleh Muhammad Rashid Rida dalam bukunya, “Caliphate and the Great Immate”

(1). Sungguhpun begitu dalam Qur’an terdapat istilah-istilah lain yang boleh menjadi asas kepada persoalan ini seperti istilah khalifah, khulafa’ atau khala’if


(2) dan juga istilah imam

(3) yang secara umumnya memberi pengertian sebagai pengganti Allah atau khalifah Allah di bumi atau kepimpinan kerohanian yang terbatas maksudnya untuk perkataan imam

(4) Selain daripada istilah-istilah di atas terdapat istilah-istilah lain lagi seperti ulu al-amr, yang bermaksud merujuk kepada pemerintah atau penguasa

(5) perkataan hukum

(6) atau hukkam yang bermaksud merujuk kepada penghukum adil. Antara istilah yang dipakai dalam Qur’an yang ada kaitan dengan masalah ini ialah istilah umat

(7) yang bermaksud kumpulan manusia yang bersatu berdasarkan agama dan undang-undang

(8) istilah kaum

(9) yang bermaksud merujuk kepada kumpulan manusia yang tunduk kepada pemimpin. Demkian juga istilah syura

(10) yang bermaksud merujuk kepada perbincangan dan permesyuaratan untuk menyelesaikan masalah

(11) dan jamaah

(12) yang merujuk maksudnya kepada satu kumpulan yang tunduk kepada pemimpin. Kedua-dua istilah disebut dalam Hadith Rasulullah s.a.w.

Istilah-istilah yang digunakan dalam dua sumber ini terkandung di dalamnya maksud kuasa, undang-undang atau perlaksanaannya. Dengan kata-kata lain istilah-istilah ini dapat dirumuskan kepada empat perkara besar iaitu autoriti mutlak ialah Allah, manusia sebagai khalifahNya, autoriti diberikan kepada Rasulullah dan khalifah Rasulullah atau umat, hukum syari’at atau perlaksanaannya.

Para ulama dalam membincangkan teori politik Islam selalunya diletakkan di bawah tajuk al- siyasah wa al- immah, al-ahkam al- sultaniyyah, iyyah.al-siyasah al-shar’ Nizam al-hukm fi al- Islam atau nizam al-siyasah fi al- Islam.
Dalam tulisan ualma tradisional tidak didapati takrif negara Islam diberikan. Apa yang mereka berikan ialah cirri-cirinya seperti perbincangan mereka tentang ketua negara, syarat-syaratnya, cara pemilihannya, tugasnya dan perkara-perkara lain yang ada kaitan dengan pentadbiran negara.
Pandangan Ulama Mu’tabar:



i. Memahami dan mengetahui pandangan beberapa ulama mengenai konsep negara Islam sangat penting, kerana kekeliruan dan keengganan untuk mengakui Malaysia Negara Islam adalah berpunca dari keengganan menerima pandangan-pandangan ini. Sebenarnya konsep “negara Islam” tidak terdapat di dalam nas yang jelas dari Al-Quran dan Al-Sunnah.



ii. Konsep negara Islam hanya dibincangkan oleh ulama-ulama terkemudian. Jadi ia termasuk dalam perkara-perkara “ijtihadiyyah” iaitu hasil kefahaman ulama yang berkenaan mengenainya.


iii. Ada berbagai definisi yang diberikan oleh ulama mengenai negara Islam ini antaranya: Muhammad bin Hasan as-Syaibani menyatakan : “Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya.”

Syaikh Muhammad Abu Zuhrah menjelaskan: “Negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahanannya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim.”

Menurut Dr. Mohammad Sa’id Ramadhan al-Butiy ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisi negara Islam beliu menjelaskan bahawa “pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyyah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negera itu sebagai negara Islam.”

Ini bermakna anggapan oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud menjadi syarat bagi mengiktiraf sesebuah negara sebagai negara Islam adalah tidak tepat dan bercanggah dengan pegangan umum ulama mu’tabar.

Penilaian terhadap sesebuah negara yang dikatakan SEKULAR dibuat berasaskan undang-undang ciptaan manusia (ahli perundangan moden), tetapi yang paling penting di sini ialah PENILAIAN berasaskan hukum FIQH ISLAM. Islam tidak mengenal pembahagian negara kepada NEGARA SEKULAR dan NEGARA AGAMA seperti yang difahami oleh ahli undang-undang Barat. Di dalam Islam negara terbahagi kepada 3


1) Negara Islam (Darul Islam)

2) Negara Kafir yang berperang dengan Islam (Darul Harb)

3) Negara Kafir yang tidak memerangi Islam (Darul Ahd)

Mempertikai status negara Malaysia bermakna meletakkannya dalam satu daripada dua jenis negara orang kafir yang dinyatakan di atas. Selain itu ia merupakan satu kesalahan dari sudut islam sendiri, kerana ia bererti bahawa umat Islam tidak wajib mempertahankan negara ini dari pencerobohan musuh negara, sedangkan sesebuah negara Islam itu-seperti yang disebutkan oleh Syaikh Muhammad Abu Zuhrah “WAJIB DIPERTAHANKAN OLEH SETIAP MUSLIM”

Tentang konsep SEKULAR dalam sosiologi membawa pengertian pemisahan agama dalam pentadbiran secara MUTLAK. Maka dalam konteks Malaysia, pemisahan agama dengan pentadbiran agama itu tidak berlaku secara Mutlak malahan tidak dipisahkan dengan unsur-unsur agama Islam itu sendiri.

Di Malaysia kita tidak menjadi seperti Asy-Syeikh Ali Abdul Raziq, seorang ulama al-Azhar dan Hakim Mahkamah Syariah Mesir ketika itu,dalam bukunya, al-Islam wa usul al-Hukm (Islam dan Prinsip-prinsip Pemerintahan)yang diterbitkan pada tahun 1925, iaitu setahun setelah runtuhnya sistem khalifah di Turki dibawah Bapa Sekularisme, Mustafa Kamal Atarturk.


Kedudukan beliau sebagai “ulama” al-Azhar yang amat prestiguos itu, telah menggemparkan negara Mesir dan Dunia Islam seluruhnya melalui fatwanya bahawa pemerintah mesti dipisahkan daripada agama Islam. Di antara pendapat beliau yang bertentangan dengan faham Islam itu termasuklah:-


1) Tugas Rasulullah saw sebagai wasilah syariah, bukan pelaksana
2) Syariah Islamiah terbatas kepada persoalan kerohanian semata-mata
3) Sistem pemerintahan semasa Nabi Muhammad saw adalah kabur dan tidak jelas.
4) Menafikan Ijmak para sahabat mengenai sistem khalifah
5) Sistem Khalifa’ al-Rasyidin tidak bersifat keagamaan, yakni semata-mata diwujudkan untuk menguruskan pentadbiran negara.
6) Soal pemerintahan negara tidak boleh dicampur-adukkan dengan agama Islam.


B) Kenyataan Y.A.B. Perdana Menteri mengenai Malaysia Negara Islam adalah suatu yang bijaksana dan sangat besar ertinya yang insya Allah mampu mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Sesungguhnya pernyataan Malaysia Negara Islam bukanlah suatu slogan kosong dan tidak juga suatu sandiwara yang diada-adakan, malah ianya suatu hakikat dan realiti yang tidak boleh, malah tidak patut dinafikan lagi.

Kenyataan itu sebenarnya adalah suatu PENJELASAN, bukannya pengisytiharan. Ini penting difahami dengan tepat kerana pada masa ini terdapat di kalangan rakyat Malaysia yang menganggap bahawa kenyataan itu sebagai suatu perisytiharan sehingga ada yang terperanjat, takut dan kecewa. Sebenarnya hakikat Malaysia sebagai negara Islam tidak perlu diisytiharkan lagi kerana tarafnya sebagai negara Islam telah terlaksana sejak perisytiharan kemerdekaannya dahulu lagi.

Sesungguhnya Malaysia adalah sebuah negara Islam. Bukti Malaysia Negara Islam boleh dirujuk kepada perkara-perkara berikut:

1.) Peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia: Perlembagaan Malaysia jelas memberikan kedudukan yang istimewa kepada Islam. Ini dapatdilihat seperti berikut:

i. “ Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.” Perkara 3(1) dalam perlembagaan ini telah dihuraikan oleh beberapa tokoh undang-undang di Malaysia. Ada yang berpendapat peruntukan itu sekadar menjelaskan bahawa upacara rasmi negara bolehlah dijalankan mengikut Islam. Namun demikian Almarhum Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim telah menegaskan bahawa dengan adanya peruntukan “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan”, maka Malaysia boleh memperkenalkan dirinya sebagai negara Islam.

ii. Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam.

iii. Urusan pentadbiran Islam menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

2) Pandangan Ulama Mu’tabar:

Konsep negara Islam hanya dibincangkan oleh ulama-ulama terkemudian. Jadi ia termasuk dalam perkara-perkara “ijtihadiyyah” iaitu hasil kefahaman ulama yang berkenaan mengenainya. Hal ini seperti Muhammad bin Hasan as-Syaibani, Muhammad Abu Zuhrah, al-Butiy dan lain-lain lagi.

3) Pengiktirafan dunia:

i. Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam dan telah menganggotai O.I.C sejak mula lagi.

ii. Pengiktirafan Malaysia Negara Islam contoh diberikan oleh negara Islam dan bukan Islam diseluruh dunia.

4) Pelaksanaan Pentadbiran Negara:

i. Asas pentadbiran Malaysia hari ini selaras dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, dalam bidang perundangan berbagai usaha telah dijalankan untuk menyelaraskan antara undang-undang sivil dan syarak. Dalam bidang mu’amalat dan ekonomi terdapat sistem baru yang selaras dengan ajaran Islam telah dilaksanakan seperti Sistem Perbankan Islam, Takaful, Al Rahn dan sebagainya.

ii. Selain dari itu dalam bidang pendidikan juga tidak ketinggalan disepadukan antara tuntutan ilmu fardhu ‘ain dan fardhu kifayah. Malah asas pembentukan syahsiah pegawai dan kakitangan kerajaan adalah dari nilai-nilai murni Islam.

iii. Kesungguhan kerajaan menghayati ajaran Islam dapat dilihat dalam usaha-usahanya membebaskan umat Islam dari belenggu khurafat, tahayul dan ajaran sesat, dengan sentiasa memberikan penjelasan dan penerangan menerusi berbagai media. Di samping itu kerajaan juga sentiasa mengambil berat mempastikan makanan dan barang gunaan umat Islam di negara ini halal dan suci. Malah Malaysia merupakan negara Islam terulung dan terkemuka dalam menjaga aqidah, syariah dan akhlak umat Islam di dunia hari ini.

iv. Antara bukti lain yang paling jelas menunjukkan Malaysia Negara Islam ialah penubuhan berbagai institusi yang berkaitan dengan pentadbiran Islam khususnya penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Mufti.

5) Muzakarah Fatwa:

i. Setelah mengambil kira berbagai pandangan, hujah dan keadaan yang wujud di Malaysia, serta akibat buruk dari penolakan Malaysia sebagai negara Islam, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 telah mengambil keputusan bahawa MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA ISLAM

ii. Kenyataan ini dengan jelas menolak anggapan kononnya Malaysia negara sekular kerana ciri-ciri sekularisma yang bermatlamatkan keduniaan semata sebagaimana yang difahami tidak wujud dalam falsafah dan pengurusan pentadbiran negara serta pegangan hidup rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Jaminan untuk Rakyat Bukan Islam: Kenyataan Malaysia Negara Islam sedikit sebanyak telah menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat yang bukan Islam, terutama bila terdapat beberapa pentafsiran salah yang cuba menakut-nakutkan mereka. Kekeliruan mengenainya sepatutnya tidak timbul kerana kepimpinan negara telah menjelaskan sifat Negara Islam Malaysia adalah berasaskan kehendak Islam yang sebenar dan tulin, yang tentunya berbeza dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh setengah-setengah negara Islam yang lain di dunia hari ini, yang sering memperlihatkan tindakan ganas dan tidak bertimbangrasa. Sesungguhnya prinsip-prinsip ajaran Islam seperti adil,bertimbangrasa menghormati kebebasan beragama menjadi amalan kerajaan sepanjang masa.

Kepimpinan Malaysia hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan tetap mempertahankan perlembagaan yang sedia ada yang mengiktiraf kebebasan beragama disamping menjaga hak-hak rakyat dengan saksama. Kerajaan juga bertanggungjawma. Kerajaan juga bertanggungjawgara dan menentang apa jua bentuk keganasan yang berlaku dan mungkin berlaku walau dari mana punca sekalipun. Oleh itu tidak ada sesiapa yang patut keliru, takut dan bimbang mengenai kedudukan mereka dalam negara Malaysia ini. Kerajaan yang ada sekarang sentiasa mempastikan tanggungjawabnya kepada rakyat dipenuhi dan dilaksanakan dengan saksama berpandukan kehendak-kehendak Perlembagaan Negara.

Meyakini dan berpegang dengan jaminan ini sangat penting bagi warga negara Malaysia seluruhnya. Oleh itu corak kepimpinan Islam yang ada di Malaysia hari ini mesti diteruskan dan dipertahankan jika inginkan kehidupan yang aman dan makmur bertambah dan berterusan serta mendapat keredhaan Allah ‘Azza wa jalla.

Sebaliknya menyerah dan membiarkan Malaysia dipimpin oleh kepimpinan golongan yang menolak hakikat Malaysia Negara Islam akan membawa Malaysia ke jurang kemusnahan dan kehancuran sepertimana yang di alami oleh banyak negara di dunia hari ini. Sikap ini dilarang oleh Islam.


BERSATU BERSATU BERSATU

Jumaat, 24 April 2009

UMNO akan laksanakan Hudud ? ~Malaysiakini

Islam tidak membahagikan dunia kepada negara sekular atau negara Islam seperti yang difahami oleh sesetengah pihak.

Al-Quran dan Sunnah hanya menyebut dan mengkisahkan tentang orang Islam dan orang kafir, bukan mengenai negara Islam dan negara bukan Islam.

Oleh kerana itu ianya bukanlah menjadi perkara dasar untuk membincangkan sesebuah negara itu Islam atau bukan Islam, selagi ia menjalankan dasar-dasar yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam, menjaga hak orang-orang Islam dan bukan Islam serta melaksanakan keadilan.

Oleh itu, definisi istilah negara Islam hanyalah menurut Ijtihad para ulama sahaja. Ulama muktabar menggariskan, negara hanya digolongkan kepada tiga iaitu negara Islam (Darul Islam); negara kafir yang berdamai dengan negara Islam (Darul Harb) dan negara kafir yang tidak memerangi negara Islam (Darul Ahd). Mengikut kaedah fiqah Islam, Darul Harb dan Darul Ahd adalah negara orang kafir
1. Mengikut definisi, Malaysia adalah negara Islam kerana diterajui oleh pemimpin beragama Islam iaitu Yang di-Pertuan Agong dan majoriti penduduk beragama Islam.

2. Malaysia juga adalah anggota Pertubuhan Negara Islam (OIC).

3. Satu-satunya negara di dalam dunia yang menjadikan Islam agama bagi negara ialah Malaysia kerana termaktubnya dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dalam fasal 3 Ugama Islam adalah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Definisi Negara Islam Menurut Ulama Mu-tabar :
Oleh kerana tidak dinyatakan dalam al-Quran atau as Sunnah, konsep negara Islam termasuk dalam perkara-perkara ijtihadiyah iaitu hasil kefahaman ulama yang berkenaan.
Antara pandangan ulama mengenai negara Islam adalah : -
a) Menurut Muhammad bin Hassan As-Syaibani (ulama terkemuka dari mazhab Hanafi), negara Islam ialah negara yang dikuasai oleh umat Islam dan orang-orang Islam beroleh keamanan di dalamnya.(Perlembagaan Malaysia Perkara 32 dan 39 memperuntukkan ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong itu mestilah seorang raja yang dipilih daripada kalangan raja-raja Melayu yang beragama Islam). Sejak merdeka, BN telah memperuntukkan jawatan-jawatan penting dalam jemaah menteri hanya dipegang oleh menteri yang beragama Islam. Kenyataan ini menepati pendapat ulama berikut :
b) Menurut Syeikh Muhammad Abu Abu Zuhrah, Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan Islam, dalam mana kekuatan dan pertahanannya berada di tangan umat Islam.(Rujukan: Abu Zahrah. Syeikh, 164, hal. 377) Sekiranya dilihat (Pemerintahan ketenteraan di negara ini adalah di bawah pentadbiran orang Islam kerana jawatan tertinggi seperti Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera dilantik dari kalangan orang Islam. Angkatan tentera yang ditubuhkan ini mampu mempertahankan negara dan agama daripada pencerobohan serta menjamin keamanan dalam negara). Ramai ulama bersependapat sekurang-kurangnya negara Islam mestilah berketuakan orang Islam iaitu Wizaratul Tafwik (pembuat dasar) mestilah Islam seperti Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri. Wizaratul Tanfiz (Pelaksana dasar) seperti anggota jabatan kerajaan yang melaksana dasar tidak semestinya Islam.
c) Syarat untuk mengiktiraf sesebuah negara itu sebagai negara Islam.(Oleh itu, jika ada yang menganggap hukum hudud tidak dilaksanakan di negara, hal ini tidak menggugurkan status Malaysia sebagai sebuah nDr Mohammad Said Ramadhan al-Buti ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisi negara Islam merumuskan, pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyah bukanlah menjadi negara Islam). Di dalam al-Quran menyatakan apabila dua puak berbalah, hendaklah dicari kata sepakat dan sekiranya kata sepakat telah dicapai hendaklah dipatuhi. Maka sekiranya ada mana-mana pihak tidak patuh, maka hendaklah diperangi.
Di Malaysia, Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK) diiktiraf sebagai kata penentu atau kesepakatan. Maka, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 telah mengambil keputusan bahawa Malaysia Adalah Sebuah Negara Islam. Oleh itu, sesiapa yang menyanggah keputusan Jawatankuasa itu adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah syariah.
Pelaksanaan Malaysia Sebagai Negara Islam
 Dasar Penerapan nilai-nilai Islam.
 Sultan sebagai ketua Agama.
 Dasar Bersih, Cekap, Amanah.
 Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pengurusan kewangan yang cekap.
 Negara Islam contoh.
 Kad perakam waktu (Punch Card).
 Azan dan Syiar Islam yang lain.
 Jabatan-jabatan yang menguruskan hal ehwal Islam di Malaysia.Antaranya ialah:-
I. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
II. Jabatan Agama Islam Negeri
III. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
IV. Jabatan Mufti, Baitul Mal dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Tabung Haji
V. Perbankan Islam dan Jabatan Pendidikan Islam.


Kelemahan Pas Berhubung Isu Negara Islam

 Dulu Pas menganggap kerjasama UMNO dengan parti komponen lain yang pemimpinnya bukan beragama Islam adalah amalan yang bercanggah dengan konsep negara Islam. Bagaimanapun, Pas kini menjalinkan kerjasama dengan DAP. Walhal, DAP dilihat cenderung menentang sebarang tindakan kerajaan yang menyumbang kepada pembangunan umat Islam di Malaysia.
 Malahan demi kepentingan politik dan mendapat sokongan daripada DAP, Pas akhirnya sanggup menggugurkan perkataan negara Islam dari manifestonya.
 Oleh itu, amat jelas Pas tidak bersungguh untuk menjalankan pentadbiran Islam sebaliknya hanya bermuka-muka.
 Keadaan ini berbeza dengan tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN contohnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir (ketika itu) telah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dalam Mesyuarat Agung Parti Gerakan.
 Mursyidul Am Pas, Dato Nik Aziz Nik Mat pernah berkata, jawatan Perdana Menteri tidak semestinya dipegang oleh orang Islam malah orang bukan Islam termasuklah daripada DAP boleh memegang jawatan tersebut.
Ia secara jelas bercanggah dengan konsep negara Islam yang mewajibkan ketua negara adalah beragama Islam.
 Selepas Dr Mahathir bertanyakan di mana pelan induk Pas mengenai Islam, Pas terpaksa menerima desakan penyokong-penyokongnya. Pada 12 November 2003, Pas secara tergesa-gesa melancarkan satu dokumen negara Islam Pas yang sebelum itu tidak pernah wujud.
 Jika diperhalusi secara mendalam, tidak ada satu pun perkara baru yang dibawa oleh Pas sebaliknya semua perkara yang dinyatakan ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan telah pun dilaksanakan oleh kerajaan BN selama ini.
Isu-isu yang Sering Diutarakan oleh PasIsu Hudud.
 Pas menuduh sistem kehakiman dan perundangan negara adalah perundangan sekular kerana tidak melaksanakan hukum hudud. Hudud menurut Pas seperti dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan jelas sekali mengikut citarasa sendiri, contohnya, Fasal 56 memberi pilihan orang bukan Islam memilih enakmen syariah atau tidak (sama dengan sistem kehakiman Malaysia).
 Manakala Fasal 68 mengenai syarat menjadi hakim syariah boleh juga dari kalangan hakim Mahkamah Tinggi Malaysia atau Borneo (iaitu hakim dalam sistem kehakiman Malaysia).
 Pas menuduh mahkamah sivil Malaysia sekular, tetapi Pas menerima pakai syarat kelayakan hakim mahkamah sivil yang sama untuk syarat kelayakan hakim syariah di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.
 Pas menuduh pemimpin UMNO menolak hudud. Kerajaan pimpinan UMNO sudah berkali-kali menyatakan mereka tidak menolak hudud kerana hudud adalah hukum Allah.
 Pemimpin UMNO menegaskan, mereka tidak menerima dan tidak bersetuju dengan hukum hudud ciptaan Pas. Sebahagian daripada hudud Pas bertentangan dengan ajaran Islam. Antaranya ialah :

a. Fasal 56(1), Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan menyatakan hukum hudud Pas hanya berkuat kuasa kepada orang Islam. Ini bertentangan dengan hudud Allah yang berkuatkuasa tanpa mengira Islam ataupun bukan Islam.
b. Mukalaf mengikut Pas adalah mereka yang berumur 18 tahun sedangkan dalam mazhab Syafie syarat untuk mukalaf ialah cukup umur (baligh) dan sempurna akal (tahu membezakan yang baik dan buruk).
c. Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan mempunyai kekurangan kerana hukuman bagi penderhaka kepada kerajaan (Bughah) tidak diperuntukkan di dalam enakmen tersebut.
Penjelasan
 Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan hukum Jenayah Islam seperti hukum Ta’zir, qisas (bunuh dibalas dengan bunuh) dan beberapa hukum hudud seperti hukuman ke atas penderhaka Kerajaan (Bughah). Contohnya, orang berzina dan meliwat tetap dihukum dengan hukuman Ta’zir, cuma tidak disebat 100 kali. Ini merujuk kepada istitoah (keupayaan) untuk melaksanakan hukuman tersebut ke tahap maksima (tertinggi).
 Sabda Rasulullah saw: dan apa-apa perkara yang telah diperintahkan ke atas kamu untuk melaksanakannya, maka laksanakanlah mengikut kemampuan kamu.

ISU SUMBER HARAM DALAM NEGARA
Pas mendakwa Kerajaan Malaysia memperolehi pendapatan daripada sumber kegiatan haram seperti judi dan arak.
Penjelasan
a. Malaysia sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu perkara berhubung hukum-hakam Islam. Pengeluaran lesen arak dan judi adalah bertujuan supaya penjudi-penjudi dan pembuat-pembuat arak tidak bermaharajalela dalam negara ini.
Lesen arak adalah sebagai ikatan antara mereka dengan pihak kerajaan.
b. Khalifah Umar al-Khattab sendiri pernah menyuruh pengutip-pengutip cukai mengutip cukai arak dari orang bukan Islam pada zamannya sebagai cukai al-Kharaj. Lihat tulisan al-Qurasyi dalam kitabnya al-Kharaj.
c. Cukai ke atas barang haram seperti arak, judi, babi dan lain-lain tidak menjejaskan atau mencemari sumber hasil halal yang lain. Hujah ini berasaskan kias iaitu air yang melebihi dua (2) kolah tidak menjadi najis melainkan berubah warna, bau dan rasanya.
d. Cukai judi dan arak bukanlah sumber utama pendapatan kerajaan. Malah Kerajaan Nabi Muhammad saw juga mengenakan cukai kepala (Jizyah) ke atas orang kafir.
Cukai tersebut bukan sumber utama pendapatan kepada kerajaan Nabi Muhammad saw tetapi ia adalah sumber denda secara tidak langsung.

Persoalannya, jika Pas pernah mengeluarkan fatwa dengan menyatakan bahawa segala sumber pendapatan daripada hasil judi dan arak adalah haram, mengapa Kerajaan Pas masih mengeluarkan lesen arak di Terengganu?f. Orang Islam tetap dilarang dan boleh didakwa di mahkamah jika melanggar hukum Islam seperti minum arak dan menagih dadah.
Tetapi Kerajaan tidak berdosa sekiranya ada dari kalangan individu Islam yang melanggar hukum Allah itu. Islam tidak diturunkan Allah ke atas negara tetapi ianya diturunkan ke atas individu.Pas menyatakan bahawa Kerajaan BN lebih banyak mengeluarkan lesen arak daripada kerajaan Pas Kelantan dan Terengganu.
KEDUDUKAN BUKAN ISLAM DI DALAM NEGARA ISLAM
Ahli Zimmah
a. Mempunyai hak-hak untuk beragama, mendapat pekerjaan, mendapat pendidikan, pembelaan perubatan dan perlindungan.
b. Wajib untuk taat setia kepada kerajaan, patuh pada peraturan, menghormati syiar Islam dan membayar cukai.

Al Must’aman
a. Wajib menghormati syiar Islam, tunduk dan patuh kepada peraturan, tidak campur tangan masalah politik, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya di negara tersebut terutama yang bercanggah dengan undang-undang Islam.

Kesimpulan
Berdasarkan sejarah pemerintahan di Zaman Rasulullah dan Khalifah Umar al-Khattab, definisi para ulama, kandungan perlembagaan (Islam agama Persekutuan), sistem pemerintahan negara (Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Menteri-menteri kanan beragama Islam), sistem perundangan negara dan perakuan tidak langsung dalam Dokumen Negara Islam PAS, jelaslah Malaysia adalah negara Islam.
Tambahan pula pembangunan fizikal dan pembangunan rohani terus dilaksanakan di Malaysia. Selain masjid, surau dan jabatan agama, Malaysia memastikan umat Islam dapat menunaikan kewajipan menuntut Ilmu di sekolah, kolej, universiti dan pusat latihan kemahiran.
*Umat Islam bebas mengamalkan ibadat dan hidup aman bersama pelbagai kaum lain.
*Sebab itu, seluruh dunia mengenali Malaysia sebagai negara Islam.

(sumber:Pemuda Umno)

Sabtu, 11 April 2009



kepada
saudara nik aziz bin nik mat
pejabat menteri besar kelantan,
merangkap mb kelantan seumur hidup
dan mursidul am untuk seluruh agama.


semoga saudara berada didalam akal yang waras selalu, walaupun secara realitinya saudara nik aziz tidak pernah berada bersikap sedemikian.


saudara nik aziz, aku memperkenalkan diri aku sebagai GAP, penentang no 1 kepada kaedah pemutar belit islam yang selama ini kau amalkan. harap maklum bahawa aku sudah membaca surat terbuka kau kepada anak cina berfahaman DAP bernama nga kor ming.


dalam surat kurang cerdik saudara, secara totalnya saudara mahu memujuk nga supaya tidak terkesan dengan teguran berkenaan dengan pronounciation surah al quran. saudara nik aziz, kau manusia yang paling hebat memperlekehkan agama demi kepentingan politik pas kau.
kiranya kau mahu menegur nga, sepatutnya ASAS teguran yang pertama wajib kau lakukan adalah mengarahkan saudara nga untuk tidak pandai-pandai MEWUJUDKAN SATU SURAH BARU QURAN, dan kedua sebelum menyebut apa-apa pun surah sesat ini, maka wajiblah untuk nga mengucap dua kalimah syhadah dan dipotong koneknya (bersunat) . kalau hati saudara nga berniat berdakwah, maka selesaikanlah dulu perkara pokok dan basis islam terlebih dahulu.
mengapa bodoh benar kau ditipu dengan DAP, adakah dengan sekadar pandai membicara surah quran dan mahu menjadi umar abd aziz, lubang bontot orang pas sudah kembang kuncup bangga dibuai pujian ? masyaallah..takkanlah dengan game politik simple begini kamu boleh menggadai body ?


saudara nik aziz, walaupun kau dianggap oleh penyokong kau sebagai mursidul am,disanjung dan dipuja, NAMUN HARUS AKU INGATKAN KEPADA KAU walau apapun gelaran yang diberi belum tentu menjamin kamu untuk masuk sorga.


harus kamu ingat juga wahai saudara nik aziz, KAMU TIDAK DILANTIK OLEH MANA-MANA PIHAK ISLAM SEBAGAI 'WAKIL SAH' PERJUANGAN ISLAM DI MALAYSIA. dengan itu kau tidak terlepas dengan apa juga teguran dan kritikan .sedangkan abu bakar as sidiq yang dijamin sorga itupun minta ditegur, inikan pula kamu wahai nik ajis yang tiada apa-apa !


saudara nik ajis, sebelum kamu mengeluarkan lebih banyak statement2 kontradiksi maka aku sarankan kamu untuk bercerminkan muka. renungkan semula kenyataan2 kurang siuman kamu tatkala mengeluar bicara. masih ingatkah lagi akan statement kamu berkenaan tuhan pun mencarut,tuhan samseng,lebih baik berkawan dengan syaitan daripada berkawan dengan umno,penghinaan terhadap wanita yang dirogol,perbandingan perokok lebih hina daripada binatang,pas yang biadap terhadap sultan,perkataan 'ALLAH' boleh digunakan di gereja dll yang tak mampu aku tuliskan di sini?


ATAU YANG PALING JELEK
'kita akan laksana hudud dalam masa 30 tahun lagi'... setelah karpal singh membantah perlaksanaannya. kau nik aziz selama ini telah menggertak orang melayu dengan pelbagai gelaran jijik seperti munafik,zindik,sesat bila mereka tidak mengikut kata kamu untuk melaksanakan hudud TETAPI bilamana karpal menyinsing lengan membantah, maka kamu menarik hand brake !


permainan 'politik brengset' apa yang kamu mainkan ini wahai nik ajis ? kamu lebih takutkan karpal singh atau takutkan ALLAH SWT ?!


ULAMAK KATEGORI MANA KAMU INI
apabila keseluruhan hidup kamu lebih cenderong melakukan dakwah 'menghukum' berbanding dengan dakwah hikmah yang dibawa nabi saw ? kamu lebih banyak menghukum dan menggertak seolah-olah ilmu dan pangkat kamu sudah menjamin jalan kamu ke sorga ?
nabi muhammad saw manusia yang dijamin sorganya. walaupun sedemikian janji tuhan, tatkala dihina dan dibaling batu sewaktu berdakwah di taif, nabi saw masih lagi mendoakan kebaikan penduduk taif, berbeda dengan kamu yang angkuh dan sombong lebih suka mengeluarkan fatwa-fatwa sesat, habis seluruh melayu yang bukan dari kalangan penyokong kau disesatkan hanya semata-mata mereka tidak menyokong perjuangan maha sempit kau !


SEBENARNYA KAMU TAHU
bahawa perjuangan sempit kamu merosakkan umat telah ditolak oleh melayu. bermula dengan pengurangan sokongan melayu di kawasan wakaf mempelam dan diikuti oleh 5000 melayu yang beralih sokongan menolak kamu di bukit gantang.


MAKA DENGAN ITU LAH
kamu mengutus surat 'insuran' kepada saudara nga kor ming sebagai satu signal kepada seluruh pengundi non muslim agar terus menyokong kamu dalam dasar 'merogol islam dan melayu' yang sedang kamu lacurkan . kamu sudah terlepas cakap. terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata badan binasa. pas kini di sudut penjuru yang sempit, tidak mampu mengubah posisi kedudukannya.


hati kamu gundah gulana, sekilas surat ini sudah ku tahu kerisauan jiwa. kamu runsing dan jiwamu tertekan. kiranya kamu beralih arah semula dengan menyokong dasar melayu dan pas kembali ke perjuangan asal, maka kamu akan kehilangan sokongan non muslim.
namun orang melayu tidak mahu tertipu lagi dengan permainan politik hina pas.orang melayu semakin membenci diri kamu dan pas. KAMU TELAH MENGHINA ISLAM DAN KAMU TELAH MENGHINA BANGSA MELAYU ! 11 bulan sahaja diperlukan oleh kami untuk mengembalikan sokongan umat melayu kepada umno. dan insyaallah dengan izin dan usaha gigih....


MAKA AKU BERJANJI
pada muktamar pas bulan jun ini, kami akan pastikan kamu melihat di depan mata kamu sendiri kehancuran pas dihancurkan oleh proksi-proksi berkepentingan dalam perebutan jawatan ! dalang di sebalik kehancuran pas tidak lain adalah proksi anwar dan yang terbaru proksi DAP !
AMANAH HJ GAP (ULANGAN AMANAH HJ HADI)


ingat wahai umat melayu, PAS TIDAK SEKALI-KALI MEWAKILI KITA DALAM URUSAN ISLAM. ingatlah pada ayat bahawa setiap batang tubuh kita adalah sebenar-benarnya KHALIFAH di muka bumi ini.


adalah menjadi tanggungjawap seluruh anak muda dan seluruh orang melayu untuk menyampaikan amanah penting GAP ini , jadikan ia sepertimana amanat hj hadi tahun 1982 !
ORANG MELAYU KIRANYA MAHU MENYELAMATKAN ISLAM DAN BANGSA, WAJIP MENOLAK PAS !


saudara nik ajis...selamat melihat kehancuran pas nanti. insyaallah !
TAKBIR TAKBIR TAKBIR


sekian

BERSATU BERSATU BERSATU

Rabu, 8 April 2009

BACA, FIKIRKAN DAN RENUNG SEDALAM-DALAMNYA


UMNO & BN memang hina dan celaka .. masyarakat belum sedar lagi ,masuk lah PAS,DAP atau PKR, dah tau UMNO dan BN tak pernah bela rakyat,masuk jer PKR dan PAS, yang pasti nya terbela,sama rata ,hak rakyat di dahulukan pedulikan sultan.apa guna sultan kalau kehendak rakyat tidak diturut,biar rakyat yang tentukan siapa yang harus perintah,tak perlu ada sultan dah ketinggalan zaman..dah kuno amalan beraja ni,kalau boleh kami nak PRESIDEN, baru la sama standart dengan Singapore, mufti pun sama.

Maki jer pasal sokong UMNO & BN.PAS & PKR adil.. perjuangan kan nama ALLAH.. orang lain pun nak pakai jugak nama allah .. tak kesian ker?beri la kristian peluang pakai nama ALLAH sekurang kurang nya senang nak berdakwah,kenapa orang UMNO CELAKA tak faham faham, "salah" kah nak bagi nama Allah pada kristian?Apa yang Karpal King sebut tu memang betul Pemuda Umno memang celaka pasal sanggup hantar "2 peluru",Pemuda Umno layak di gelar celaka pasal bukan 'ISLAM PAS',cuma anutan 'Islam UMNO'"Islam & Melayu" PR tak terasa apa apa pun pasal memang layak di celaka kan Pemuda UMNO,celaka PEMUDA UMNO berani masuk parlimen "PUKUL OKU" ,sial PEMUDA UMNO tunjuk samseng,baru jer nak 'tegur' Karpal KING dah di tuduh bertumbuk, penipu la PEMUDA UMNO ni, lain kali terus pegi tumbuk tak payah tegur, tak buat pun orang dah kata samseng ,Pemuda UMNO memang celaka pasal tak baling batu pada kereta kerabat raja,pemuda umno memang celaka lah.."pendek kata semua nama depan atau belakang ada UMNO memang celaka lah"UMNO & BN memang celaka,pasal maki celaka pada en karpal king tu, pantang sangat hudud dilaksana kan..over my dead body kata karpal king, tapi sayang sekali kami PAS & PKR pada Karpal King..


UMNO tetap celaka pasal pertahankan hak ugama & bangsa, cuba cuba la perjuangan kan hak sama rata..tak payah bagi anak2 melayu masuk Universiti melainkan ada stpm,HAPUSKAN MATRIKULASI, hapuskan sistem kuota,biar sistem merit ,


UMNO = malay and of course malay are PIG and they are stink! but remember this only apply to malay UMNO's,cause none UMNO's not consider as ultramalays. so there are not pig as umno pig's.


UMNO memang celaka ambil alih kerajaan secara merampas kuasa, kesian DAP selalu bahagi untung projek 90 % Nizar pulak dapat 10% , celaka hoii celaka UMNO dan BN baru 11 bulan PR perintah UMNO & BN ambil alih keraajan dengan cara paling hina,memang sial,tabur pasir dalam periuk nasi Nizar and the geng memang celaka UMNO & BN,


UMNO & BN memang celaka,kesian HINDRAF, sampai hati roboh kuil hindraf di "tanah haram",UMNO & BN memang celaka mengamal kan ethnic cleansing,bertambah celaka pasal kaum india yang pegang MAXIS,bertambah celaka lah UMNO & BN pasal biarkan ramai lawyer & Engineer dari kaum India,sial dan celaka UMNO & BN membantu sekolah jenis tamil,


UMNO & BN memang celaka pasal HINDRAF & DAP nak tuntut sama rata dengan hak bumiputra tak di layan,apa salah nya DEB di hapus kan sekurang kurang nya India dan cina boleh masuk ambik projek..setakat ambik sub buat jalan atau supply barang mentah yang 90% nilai dari projek apa la sangat,patut nya dapat 100% baru adil,memang sial UMNO & BN ..


hoiiii celaka kenapa nak pertahankan DEB, tengok contoh di Pulau Pinang sekurang kurang nya komisen projek dapat jugak 1% Guan Eng bagi pada melayu PKR,betapa "adil nya" Khalifah di penang ,UMNO & BN patut contohi khalifah yang satu ni,


Pasal kes YB Eli.takde kerja lain lah,mesti kerja UMNO & BN,biar la Helmi nak ambil gambar,YB Eli nak kangkang ker nak telanjang ker apa UMNO & BN peduli, salah ker nak tido dengan lelaki melayu?arghh memang celaka UMNO & BN nak zina pun tak boleh..


UMNO & BN lagi celaka tiru harapan baru untuk rakyat ke putrajaya 16 sept,last last idea tu di cilok oleh BN.memang celaka sial lah...


UMNO & BN memang celaka,pasal bagi bantuan subsidi & duit poket pada nelayan,pasal tu la harga Ikan mahal, dah la minyak bagi bantuan duit poket bulanan pun dapat,memang sial lah UMNO & BN,


hoooii lahanat UMNO & BN kami tak mau dah bantuan dan hak istimewa selama ni takde apa yang istimewa, bagi sama rata jer pada kaum lain pasal melayu cuma 62% jer dalam malaysia, yang paling layak dan paling banyak perlu di bantu kaum HINDRAF,di ulangi kaum HINDRAF.UMNO & BN jangan sesekali nak perjuangkan DEB,hapuskan pemilikan bumiputra 55% dalam pemilikan syarikat senarai awam di bursa saham..tu baru adil..faham tak!


Hoii celaka UMNO & BN kami nak lagi subsidi ,ambik lagi duit petronas,mana cukup setakat royalti jer..seboleh nya nak semua duit petronas biar minyak seliter 1.20,baru adil.


hoii UMNO & BN apa la sangat nak perjuang kan bangsa, apa ada pada bangsa,kami dah boleh jatuh bangun sendiri,sekurang kurang nya kalau susah ahlong dan tauke tauke cina boleh tolong.hapus kan bantuan MIKRO KREDIT,HAPUS KAN SEGALA BANTUAN PERNIAGAAN PADA BUMIPUTRA,APA PERLU NAMA BUMIPUTRA,TAUKE AHLONG KAN ADA,hapus kan MARA, MARA langsung tak membantu anak anak melayu!


Pasal MARA ada dalam DEB memang patut di hapus kan, hoii UMNO dan BN faham tak.. selagi kamu tak buat apa yang kami nak..akan kami fitnah akan keborbrokan kamu,sial punya melayu UMNO.


Tak lama lagi malaysia akan jadi seperti singapore dan hong kong di bawah PAS dan PKR yang dimunipulasikan oleh DAP...


Jangan tak percaya ...

Lihatlah dalam masa 10 - 15 tahun lagi...


Dan Amerika serta Yahudi adalah Pernasihat Utama Negara disokong oleh Mr. Anu-war...

Sabtu, 4 April 2009

Ayuh Kita Bersatu

Mari kita undi BARISAN NASIONAL
Demi Masa Depan
ANAK CUCU KITA
AYUH KITA KEKALKAN
KEAMANAN, KEMAKMURAN DAN KESENANGAN YANG TELAH KITA KECAPI SELAMA 50 TAHUN KEMERDEKAAN
Cukuplah kita telah tertipu dengan TIPU HELAH PEMBANKANG
MEREKA HANYA PANDAI BERJANJI DAN MENFITNAH
TETAPI APA YANG BERLAKU SEKARANG ...
SEGALA JANJI TIDAK TERTUNAI DDAN FITNAH YANG DILEMPARKAN SEBENARANYA ADALAH PERBUATAN MEREKA SENDIRI,,,,
SALAH GUNA KUASA, RASUAH DAN BERBAGAI-BAGAI LAGI.
SEGALANYA TELAH TERBUKTI
FIKIR- FIKIRKAN LAH....

Jumaat, 3 April 2009

INILAH PERJUANGAN PAS


Kaum melayu kita ni sekarang bukan semakin bijak menilai...
Mengapa saya kata begitu...
Lihat saja apa yang berlaku kini...
Mereka senang dipengaruhi oleh propaganda pembankang tanpa menyelidiki terlebih dahulu akan kebenaran sesuatu yang dikatakan oleh pihak pembankang...

Mereka (pembankang) sanggup berbuat apa sahaja agar dapat berkuasa tak kira ianya itu menjilat ludah sendiri, membelakang matlamat perjuangan sebenar dan memfitnah sesama sendiri...

Itu belum lagi dengan diambil kira oleh sesetengah pemimpin pembankang yang sanggup mengunakan agama demi kepentinan peribadi untuk meraih sokongan dan undi bagi memdapat kuasa...

Sedarkah mereka terutama golonggan pemimpin pembankang yang mengunakan agama dan memfitnah bagi mendapat kuasa... dimana selepas berkuasa, mereka akan diberi gaji dan elaun bagi kuasa yang mereka menangi tersebuat... Adakah HALAL rezeki yang mereka perolehi itu bagi menyara Anak Isteri mereka... MARILAH KITA SAMA FIKIRKAN...
Untuk berita lanjut sila ke
REVOLUSI : BUKIT GANTANG

Ringkasan Sejarah Kerabat Raja Jembal Kelantan



Pengenalan

•Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
•Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.
•Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang mengawal aliran perdagangan dan politiknya.
•Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.

Asal-usul Kerajaan Jembal

•Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
•Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
•Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
•Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
•Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.
•Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.

Pertabalan Raja Sakti

•Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
•Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;

*Raja Adiluddin (Raja Loyar)
*Raja Bahar (Raja Udang)
*Raja Omar (Raja Ekok)
*Raja Sungai
*Puteri Sayu Bari
*Puteri Unang Melor
*Puteri Cempaka Bongsu

Kelantan Di Bawah Raja Loyar

•Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
•Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
•Raja Omar sebagai Raja Muda.
•Raja Sungai sebagai Temenggong.
•Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
•Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.

Hubungan Dengan Kerajaan Che Siti Wan Kembang

•Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.
•Hubungan dengan kerajaan Che Siti Wan Kembang adalah baik.
•Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang puteri bernama Puteri Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
•Che Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
•Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
•Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.

Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah

•Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
•Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
•Namun pinangan itu ditolak.
•Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
•Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota sekarang).
•Che Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
•Di sini Che Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di sana.
•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.

Peperangan Dengan Angkatan Siam

•Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
•Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.
•Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.
•Angkatan Siam mara pula ke Melor.
•Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.

Kemangkatan Raja Loyar

•Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
•Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
•Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar

Puteri Saadong Berangkat Pulang

•Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
•Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.
•Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
•Satu pertengkaran telah berlaku.
•Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
•Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.

Pemerintahan Raja Abdul Rahim

•Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
•Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.
•Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.
•Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.
•Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.

Kemangkatan Raja Abdul Rahim

•Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai.
•Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik Lelayang Mandi.
•Baginda mangkat di situ.

Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar

•Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.
•Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.
•Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.
•Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
•Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
•Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
•Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.

Kedatangan Anak Raja Pattani

•Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
•Mereka ialah;

*Tuan Sulong (Long Sulong)
*Tuan Senik (Long Senik)
*Tuan Besar (Long Bahar)

•Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.
•Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.
•Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.

Sultan Omar Mangkat

•Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.
•Baginda mangkat pada tahun 1721
•Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.
•Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.
•Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.

Raja Kecil Sulong

•Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
•Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.
•Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.
•Baginda memerintah 5 tahun sahaja.
•Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.

Peranan Raja Pah

•Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
•Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
•Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.
•Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
•Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
•Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.

Jembal Hari Ini

•Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.
•Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
•Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
•Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.
•Suasana itu kekal hingga ke hari ini.

Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal

•Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan.
•Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
•Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan, Che,Wan dan Nik.
•Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.
•Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
•AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
•PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’

Dipetik dari :RAJA JEMBAL - warisan kesultanan Kelantan