Terserah kepada anda untuk menilai tajuk artikel ini.
Jika anda percaya ianya berbaur rasis, rasislah ia. Jika anda berfikiran ia
cubaan menghasut, maka ia menjadi hasutan. Ternyata, akal kita dapat memilih
untuk berada di pendirian tersendiri, berdasarkan “favouritisme” atau apa juga
sebab yang selalunya menyebelahi kita.
Apa yang cuba penulis fokuskan disini ialah berkenaan
dengan pengalaman seorang sahabat yang bertugas sebagai kakitangan kerajaan di
Pulau Pinang. Sedang beliau bukanlah seorang yang mesra politik, pengalamannya
yang baharu sahaja mencecah 5 bulan di Pulau Pinang, telah merobah dirinya
secara total; “from nothing to something”, menjadi rakyat yang celik politik.
Menurut sahabat, beliau sering melihat politik sebagai
medan pemecahan keterikatan perpaduan ummah. Tidak pernah menyalahkan beliau,
tetapi itulah yang berlaku di lingkaran masyarakat Melayu, yang sebahagiannya
mempercayai fatwa kafir mengkafir hanya kerna politik. Minda singkat lagi
kusut, hanya untuk mencari pengikut. Biarkan si Algojo menjalankan tugasnya
nanti.
Pengalaman sahabat di Pulau Pinang (beliau masih lagi
bertugas di sana) yang baru sahaja mencecah 5 bulan telah berjaya membuka
matanya tentang apa itu politik dan betapa pentingnya mengekalkan status quo
2004, disebalik pelbagai fitnah dan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan
yang telah lebih 50 tahun mengemudi negara ini.
Menurut sahabat, di Pulau Pinang, sensitiviti agama,
mahupun adat budaya tidak lagi dihiraukan oleh golongan yang mendabikdada kerna
berjaya membentuk kerajaan, waima sekadar kerajaan negeri. “Si Kerbau Pendek”
dijual secara terbuka, tanpa menghiraukan sensitiviti kawasan kejiranan. Tidak
perlu penulis hebahkan tentang betapa angkuhnya mereka sekiranya ditegur.
Nasib peniaga Melayu sudah ramai yang tahu, berjajaran
peniaga Cina di persisiran jalan, tetapi dihukum sebagai haram untuk peniaga
Melayu. Ironinya, hukum ini diterimapakai oleh golongan Melayu minda kusut.
Betapa dendam amarah syaitanirrajim yang menjadi dasar pemahaman politik mereka
telah sebati di hati sanubarinya.
Bangkitnya hati Melayu sahabat ini, apabila sedang
memberi perkhidmatan kepada rakyat, seraya diherdik “Ini Penang cina yang
punya, you mesti mau cakap bahasa Cina”. Seperti dipalu halilintar gegendang
telinganya mendengar kenyataan berbaur hamis, persis komunis. Pilu hatinya
mendengar “penghinaan” itu. Dia tidak menyangka itu akan berlaku, kerana
menganggap semua yang mendapatkan perkhidmatan di tempat beliau bertugas adalah
rakyat Malaysia.
Apakah Pulau Pinang bukan lagi sebuah provinsi berdaulat
milik Malaysia yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
rasmi?
Sahabat memberitahu, bahawa beliau tidak sabar untuk
menamatkan tugas dan kembali di negeri asalnya. Bukan takut, tetapi takut gagal
membendung perasaan amarahnya. Amarah bila menyala, hadirlah syaitan
menunggangnya, persis bagaimana golongan Melayu minda kusut ditunggang,
sehingga lupa mana harbi, mana dzimmi.
Dan beliau memberi penjelasan, takut-takut, semangat
Dato’ Bahaman, atau Rentap, tiba-tiba bangkit dan menggila sewaktu
penghinaan-penghinaan tersebut dilontarkan kepadanya.
Syukur rasanya bila sahabat ini sudah keluar dari fobia
politik yang selama ini membelenggunya sekaligus menyebabkan beliau gagal
melihat politik dari sudut makro. Semoga ramai lagi yang diberi hidayah sama
seperti beliau.
BERSATU BERSATU BERSATU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan